KEKURANGAN penyelenggaraan di jejambat sepanjang Jalan Kepong berlaku kerana isu bidang kuasa sekali gus menimbulkan masalah kepada penunggang motosikal.
Jejambat itu yang terletak berhampiran persimpangan Jalan Development di Kuala Lumpur.
“Jejambat ini terletak di sempadan bidang kuasa antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” kata aktivis sosial Kepong, Yee Poh Ping.
BACA LAGI: JPJ buru 8 pesalah motosikal termasuk ‘modified’, langgar lampu merah selama 2 bulan bermula Jumaat
"Saya dapati sebahagian penyelenggaraannya berada di bawah MPS apabila DBKL hanya menjalankan penurapan jalan dan penyelenggaraan infrastruktur di bahagian tepi jejambatnya," katanya.
Beliau berkata beberapa pokok di sepanjang jejambat itu memerlukan kerja landskap.
Yee berkata demikian semasa sidang media yang dihadiri jurutera dari JKR dan MPS. Bagaimanapun tiada wakil dari DBKL hadir pada sesi berkenaan.
Penolong jurutera JKR, Mohd Nazir Ahmad Lasim berkata, mesyuarat membabitkan semua agensi kerajaan berkaitan akan diadakan pada 21 November.
“Mesyuarat itu akan diadakan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan susulan JKR akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan jejambat itu,” katanya.
"Bagaimanapun, kami hanya akan bertanggungjawab ke atas pokok di sepanjang jejambat jika ia tumbang," jelasnya.
Mohd Nazir menambah, jalan jejambat itu akan diturap secepat mungkin.
Sementara itu, jurutera MPS, Ahmad Fathin Zainal berkata, Jabatan Landskap akan menjalankan penyelenggaraan landskap di tapak itu.
Dalam pada itu, Yee juga berkata, air akan bergenang di bawah jejambat apabila hujan lebat.
“Memandangkan JKR memaklumkan jejambat itu dalam bidang kuasa mereka, saya harap mereka akan menghantar pegawai untuk memeriksa kolam air dan sistem perparitan di sini dan melakukan beberapa penambahbaikan.
“Kami mahu pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tanggungjawab dan bekerjasama untuk kepentingan rakyat,” katanya. — TheStar/MEGAT SYAHAR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram