KEMENTERIAN Pengangkutan bertindak menggantung serta-merta operasi bas ekspres yang terlibat dalam kes kematian seorang remaja lelaki terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon pintar dalam bas terbabit di Pulau Pinang pada Sabtu.
Menterinya, Anthony Loke berkata, pihaknya menubuhkan pasukan petugas khas terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk melaksanakan tindakan itu.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius insiden renjatan elektrik yang mengorbankan remaja terbabit ketika mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya.
BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin
Menurutnya, pasukan petugas khas itu juga akan diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut bagi memastikan kejadian sama tidak beulang serta keselamatan penumpang sentiasa terjamin.
"Saya telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk menggantung operasi bas yang terbabit serta merta untuk siasatan lanjut oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya menerusi satu hantaran Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, mangsa mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon pintarnya menggunakan soket di dalam sebuah ekspres di Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.
Dalam kejadian itu, mangsa menaiki bas berkenaan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan polis terhadap tubuh mangsa di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan melecur di jari kirinya disyaki akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon pintar berpandukan keadaan penghujung kabel cair serta peranti terbabit turut berada dalam keadaan panas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram