ISU pemilikan kereta dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah boleh menyebabkan mereka terlepas daripada menikmati penyasaran semula subsidi bahan api.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, terdapat sekitar 40 peratus isi rumah berpendapatan rendah tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah nama masing-masing.
Majoriti daripada mereka mempunyai kenderaan tetapi pemilikan didaftarkan di bawah nama pihak lain.
BACA LAGI: KPM guna sistem peperiksaan berbeza, tiada rancangan perkenal semula UPSR, PT3 — Fadhlina
BACA LAGI: Tindakan tegas terhadap pengetua, institusi MARA jika cuba sorok isu buli — Asyraf Wajdi
"Sesetengah keluarga mendaftarkan kenderaan di bawah nama orang lain. Kita nampak perkara itu apabila kita melaksanakan mekanisme subsidi bersasar untuk diesel.
"Data menunjukkan terdapat banyak perkara tidak sepadan dalam beberapa hal, seperti sambung bayar, atau kereta dibeli menggunakan nama orang lain," ujar Rafizi kepada Dewan Rakyat.
Dalam masa yang sama, Rafizi mengatakan yang kerajaan sedang menimbang tiga mekansime untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95.
Tiga cara tersebut adalah mengenakan levi petrol kepada pemilik kenderaan sewaktu mereka memperbaharu cukai jalan, penggunaan sistem dua peringkat harga atau penyerahan wang tunai secara terus.
Rafizi mengatakan sistem dua peringkat harga adalah yang terbaik dengan mengatakan jika pemberian tunai secara terus akan menyebabkan berlakunya inflasi dan kenaikan harga barang.
"Rata-rata ahli ekonomi menyatakan bahawa bayaran tunai adalah lebih baik kerana tidak membabitkan operasi di stesen minyak, namun kerajaan melihat risiko kenaikan harga barang. Kita sedia maklum apabila naik sahaja harga minyak, ia akan menyebabkan kenaikan inflasi.
"Atas pertimbangan itu, walaupun kita sedia maklum pelaksanaan harga dua peringkat ada risikonya di stesen minyak, namun ia sesuatu yang boleh diperbaiki berbanding kaedah lain, namun menyebabkan inflasi naik mendadak kerana untuk menurunkan harga barang itu lebih susah," ulas Rafizi. — The Star/TARRENCE TAN/RAGANANTHINI VETHASALAM/BENJAMIN LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram