[VIDEO] Misteri letupan di Bukit OUG terungkai, penghantar barang baling bom petrol ditahan


  • 112
  • Selasa, 12 Nov 2024

Misteri letupan kuat berhampiran sebuah kompleks perniagaan berhadapan dengan kondominium Bukit OUG, Kuala Lumpur terungkai selepas polis menahan seorang penghantar barang pada Selasa.

MISTERI letupan kuat berhampiran sebuah kompleks perniagaan berhadapan dengan kondominium Bukit OUG, Kuala Lumpur terungkai selepas polis menahan seorang penghantar barang pada Selasa.

Suspek berusia 28 tahun itu menceroboh dan memecahkan pintu kaca bangunan di Bukit OUG dengan membaling molotov cocktail.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada orang awam pukul 4.10 pagi Selasa.

BACA LAGI: Disyaki bunuh ibu, anak lapor polis lepas simpan mayat dalam kotak ais sejak 3 tahun lalu

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

"Susulan itu, polis menahan lelaki berusia 28 tahun di tempat kejadian, yang mana pemeriksaan ke atasnya menemukan lapan botol air mineral diisi petrol dengan setiap botol diikat bersama mercun bola.

"Selain itu, terdapat satu botol air aluminium disyaki diisi penuh dengan mercun bola.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau Hotline Polis Cheras 03-92845050/5051 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, Majoriti melaporkan satu letupan kuat kedengaran berhampiran sebuah kompleks perniagaan berhadapan dengan kondominium Bukit OUG awal pagi Selasa.

Difahamkan, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kompleks berkenaan mendakwa, tiada kebakaran berlaku selepas letupan itu terlaku.

Susulan kejadian itu, dia menghubungi polis untuk meminta bantuan dan anggota polis tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram