DUA lagi doktor dan seorang individu dibawa ke Mahkamah Negeri di Goerge Town, Pulau Pinang berkait dengan kes tuntutan palsu berkenaan hilang upaya kekal (HUK) kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada Khamis.
Mereka dibawa oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kawalan ketat dan direman selama empat hari.
Kesemua individu yang ditahan itu memakai pakaian warna jingga SPRM direman di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009.
Kedua-dua doktor tersebut dipercayai merupakan pengamal perubatan awam dan swasta dan bertugas di Pulau Pinang.
Penahanan tiga individu tersebut merupakan sambungan kepada tangkapan 33 suspek kepada kes tersebut yang didalangi oleh tiga doktor kanan berusia 36, 50 dan 57 tahun dan mereka direman selama dua hari.
Sementara itu, 30 suspek lain termasuk 19 penjawat awam, lapan ejen dan tiga runner berusia dalam lingkungan 26 hingga 60 tahun direman selama tiga hari pada Rabu.
Kesemua 33 suspek itu ditahan oleh pihak SPRM pada Selasa sebelum dibawa ke mahkamah pada Rabu menerusi van dengan kawalan keselamatan ketat.
Tiga doktor tersebut dipercayai merupakan pakar bedah di dua hospital awam dan satu pusat perubatan swasta yang terletak di Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Butterworth, Pulau Pinang. — The Star/IMRAN HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram