Lebih 800 sekolah seluruh negara berisiko terjejas banjir


  • Primer
  • Khamis, 14 Nov 2024

Azman berkata, pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan agensi lain selain penglibatan kakitangan kementerian sebagai sukarelawan banjir. — Gambar hiasan

SEBANYAK 883 sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah dikenal pasti berisiko berdepan isu banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, ia terdiri daripada 227 sekolah di Sarawak; Sabah (208); Pahang (93); Kelantan (91); Terengganu (90) dan Perak (45).

Katanya, 42 sekolah di Selangor turut dikenal pasti berisiko diikuti Kedah (23); Kuala Lumpur (19); Johor (19); Pulau Pinang (15); Negeri Sembilan (10) dan Melaka (satu).

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan terbabit mengambil langkah awal menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan ini sehingga awal tahun depan.

“Kementerian Pendidikan telah melancarkan persiapan menghadapi Bahasa Ibunda 2024/2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Garuda, Kuantan, Pahang pada 28 Oktober depan.

Education director-general Azman Adnan revealed back in May that for 2023, 10,160 out of 383,685 registered SPM candidates did not attend the examination. — ART CHEN/The Star

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

"Kita bersiap sedia sepenuhnya dengan mengaktifkan jawatankuasa sedia ada di peringkat negeri, daerah dan kebangsaan. Di Terengganu sendiri, 80 sekolah bersedia untuk dijadikan Pusat Bantuan Sementara sekiranya berlaku banjir," katanya selepas merasmikan '2024 Sekalung. Majlis Budi Sejunjung Kasih Kenangan Abadi Jabatan Pendidikan Terengganu di Kuala Terengganu pada Khamis.

Azman berkata, pihaknya juga meningkatkan kerjasama dengan agensi lain selain penglibatan kakitangan kementerian sebagai sukarelawan banjir.

"Kementerian juga menyediakan perkhidmatan kaunseling melalui Pasukan Sokongan Pintar (SST) dan Pasukan Sokongan Akademik (AST) bagi membantu dari segi sokongan moral. Kit sukarelawan turut disediakan untuk kerja pembersihan pasca banjir," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, majlis Sekalung Budi Sejunjung Kasih Kenangan Abadi diadakan bagi meraikan seramai 929 kakitangan kementerian yang akan bersara tahun ini dan yang bersara tahun lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram