
YAYASAN Ipoh (YI) bekerjasama dengan sebuah klinik swasta untuk menyediakan penjagaan khusus kepada golongan kurang upaya.
Ketua Pegawai Eksekutif YI, Datuk Dr R Ramanathan berkata, pusat kesihatan terbabit yang dikenali sebagai Klinik Ng dan Singh dibuka di premis yayasan itu di Bercham, Perak.
Dr Ramanathan yang juga pakar bedah ortopedik berkata, klinik itu akan meningkatkan perkhidmatan sedia ada yayasan terbabit seperti fisioterapi, terapi pekerjaan dan pertuturan serta intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya.
BACA LAGI: Tun Daim meninggal dunia di Hospital Assunta PJ
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
“Tambahan pula, premis YI terletak di kawasan yang berkawal dengan tempat letak kenderaan berbumbung yang luas serta sistem kamera keselamatan litar tertutup 24 jam, menjadikannya selamat untuk semua pelanggan kami.
“Klinik ini juga akan dibuka kepada orang ramai dengan harga diskaun dan ubat-ubatan bersubsidi,” katanya ketika acara perasmian klinik terbabit.
Klinik terbabit dibuka di premis YI di Bercham, Ipoh. — Yayasan Ipoh
Hadir sama ialah ahli lembaga pengarah klinik, Dr Bhagwan Singh dan Amarjit Kaur di samping bekas ahli lembaga pemegang amanah YI, Dr Ragu Raman.
Dr Ramanathan mengucapkan penghargaan kepada Dr Bhagwan kerana menyediakan kemudahan peralatan dan kelengkapan klinik.
Beliau berkata, sejumlah besar hasil daripada klinik itu akan disumbangkan kepada Yayasan Ipoh.
Dr Bhagwan dalam ucapannya berkata, dia dan isterinya sentiasa berusaha mencari jalan untuk melakukan kerja amal.
Melalui penubuhan klinik tersebut, mereka cara untuk memberi khidmat kepada orang ramai serta kanak-kanak kurang upaya.
"Saya juga bercadang untuk menyediakan unit x-ray di klinik ini," tambahnya.
Pada majlis tersebut, pengunjung turut ditawarkan pemeriksaan kesihatan percuma serta ujian darah pada harga promosi. — The Star/MANJIT KAUR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram