Tun Daim meninggal dunia di Hospital Assunta PJ


  • Massa
  • Rabu, 13 Nov 2024

Tun Daim merupakan bekas Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan memegang jawatan itu semula dari 1999 hingga 2001.

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.21 pagi Rabu di di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan oleh keluarganya dalam satu kenyataan.

"Dengan perasaan sedih dan penuh dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Tun Daim Zainuddin telah pulang ke rahmatullah pada pukul 8.21 pagi ini, di Hospital Assunta, Petaling Jaya," ujar kenyataan itu.

Pada 16 Oktober lalu, beliau yang berusia 86 tahun dilapor dimasukkan ke hospital sama.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Bagaimanapun, punca kemasukannya tidak diberitahu.

Allahyarham pernah terkena serangan strok baru-baru ini dan dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU).

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan memegang jawatan itu semula dari 1999 hingga 2001.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat asar di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram