Bayi 7 bulan meninggal terlentang dalam buaian di rumah pengasuh di Nilai


  • 112
  • Khamis, 07 Nov 2024

Bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh di perumahan Kuarters KLIA, dekat Bandar Enstek dekat Nilai, Selangor pada Rabu. 

BAYI lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh di perumahan Kuarters KLIA, dekat Bandar Enstek dekat Nilai, Selangor pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, bayi berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di dalam buaian ketika cuba dikejutkan pengasuh pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Polis menerima maklumat dari Klinik Kesihatan Kuarters KLIA memaklumkan terdapat seorang bayi lelaki disyaki meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider ‘superbike’ rentung, terseret beberapa meter gagal elak kereta masuk simpang di Mongolia

BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

"Bayi itu dibawa seorang pengasuh dari kawasan perumahan Kuarters KLIA ke klinik berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan dikatakan dijaga seorang pengasuh di kawasan kuarters perumahan itu.

"Pada pukul 7.30 pagi, pengasuh dikatakan memasukkan mangsa ke dalam buaian selepas dihantar oleh ibu bapanya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

ns06-01092022-tugas-2_3976733_20240321133534

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim

Jelas beliau lagi, apabila pengasuh ingin mengejutkan mangsa untuk dimandikan, wanita itu mendapati mangsa tidak sedarkan diri dengan keadaan terlentang dan kepala mendongak ke atas.

"Pemeriksaan awal oleh pihak polis mendapati tiada kesan kecederaan pada fizikal pada tubuh badan si mati.

"Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan keputusan bedah siasat mendapati tiada terkesan sebarang kecederaan dalaman dan luaran dan punca kematian 'undetermined'.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram