[VIDEO] Angkara tumbuk muka pengadil, bekas presiden kelab Turkiye kena penjara lebih 3 tahun


  • Podium
  • Selasa, 12 Nov 2024

Tangkap layar video Koca menumbuk muka Meler sejurus selepas wisel penamat.

BEKAS presiden kelab Turkiye, MKE Ankaragucu dipenjara selepas menyerang seorang pengadil tahun lalu.

Faruk Koca, 60, menumbuk pengadil, Halil Umut Meler selepas pasukannya seri 1-1 dengan Caykur Rizespor pada Disember 2023.

Bekas presiden Ankaragucu itu berang apabila Rizespor menyamakan kedudukan pada minit ketujuh masa kecederaan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Format dah tak menarik', belum mula tapi fans umum JDT juara Piala Malaysia 2024

BACA LAGI: [VIDEO] Baru 32 tahun, bekas import Selangor calon jurulatih baharu?

Kekecewaannya kemudian diluahkan di tengah padang apabila Koca menumbuk muka Meler sejurus selepas wisel penamat.

Pengadil itu kemudian jatuh ke padang ketika yang lain menyepaknya.

Meler kemudian dikejarkan ke hospital untuk menjalani rawatan dengan mengalami kecederaan di mukanya.

Susulan insiden itu, liga bola sepak Turkiye digantung selama beberapa minggu.

Hampir setahun berlalu, Koca dikenakan hukuman penjara lebih tiga setengah tahun.

Koca, yang meletak jawatan sebagai presiden Ankaragucu sejurus selepas kejadian itu, dijangka membuat rayuan.

Ankaragucu didenda £45,000 (RM255,000) pada masa itu dan dipaksa bermain lima perlawanan di tempat sendiri tanpa penyokong. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram