POLIS menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam kotak ais selepas dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021 di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis sebelum memaklumkan kejadian itu.
Sumber berkata, berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
"Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan kotak ais berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian," katanya.
Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram