INSTITUSI Majlis Amanah Raya (MARA) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak cuba menyembunyikan insiden buli.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan di laman Facebook peribadinya memberi amaran kepada institusi itu, termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sekiranya terdapat kejadian sedemikian berlaku.
"Saya menerima arahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengambil tindakan ke atas mana-mana pengetua yang terlibat sekiranya kes buli cuba disorokkan," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] MARA bantu pelajar cemerlang tercicir MRSM, terlepas ujian sebab tiada kenderaan
BACA LAGI: 47 pelajar keracunan di MRSM Terendak terima rawatan, punca masih disiasat
Jelas Asyraf, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang kes buli di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA meskipun ia melibatkan anak kepada pegawai berjawatan tinggi atau individu berpengaruh.
"Sekiranya kami mendapati mereka melakukan kesalahan buli, pelajar ini tidak mempunyai tempat dalam MARA. Saya sudah mengeluarkan pendirian jelas: 'You Touch, You Go!," katanya.
Menurutnya, sekiranya dia menerima sebarang maklumat mengenai usaha untuk menyorokkan kes buli, beberapa tindakan tegas akan diambil, termasuk memindahkan pengetua atau pengarah yang terlibat dalam institusi pendidikan MARA. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
