Pertama kali lihat penyu buat sarang, sukarelawan wanita tak menyesal habiskan cuti di Terengganu


  • Massa
  • Isnin, 11 Nov 2024

Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang di merupakan tempat yang indah untuk dilawati dan dipelihara. — The Star

PERNAHKAH anda menyesal mengambil keputusan untuk menjadi sukarelawan di Pulau Redang, Terengganu daripada menikmati masa dengan bersantai?

Mengimbau kembali percutian selama tujuh hari yang dihabiskan dengan menjadi sukarelawan di Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang, penulis The Star, Mizan Kamalina Jummat berkongsi pengalamannya melakukan aktiviti tersebut.

Baginya, tiada sama sekali penyesalan walaupun sesaat selepas menghabiskan masa bercutinya dengan aktiviti sukarelawan.

BACA LAGI: Sekolah 49 murid di Pekan buktikan mampu jadi wakil, harum nama Malaysia di peringkat global

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

Hatchlings

Anak-anak penyu yang menetas daripada telur. — The Star

Menggabungkan kerja amal dengan percutian secara tidak langsung dapat memberi peluang buatnya menimba pelbagai ilmu baharu.

Katanya, dia dan 11 sukarelawan lagi ketika itu perlu menyelesaikan tugas masing-masing di sepanjang pantai sepanjang 400meter (m) setiap hari.

Penyu antara haiwan yang memainkan peranan penting dalam ekosistem laut kerana kehadiran mereka mempengaruhi kehidupan banyak spesis lain seperti mengawal populasi, memelihara kesihatan habitat dan menyumbang kepada kitaran nutrien yang kemudiannya menyokong kestabilan laut.

Justeru, ketiadaan penyu mampu merosakkan keseimbangan ekologi kehidupan marin.

"Setiap hari dimulakan dengan kerja mengukur dan melabel dua sarang asal dan yang dipindahkan sebelum menutupnya dengan jaring untuk menghalau haiwan pemangsa seperti semut, biawak dan ketam.

"Tugas ini dirasakan lebih seperti tugas 'suci' daripada kerja kerana ia bertujuan untuk melindungi sarang," kongsinya.

Kemudian, mereka diberi tugas untuk memeriksa sarang penempatan telur penyu yang menghampiri tanda penetasan 45 hari.

Ia melibatkan pemeriksaan dan pemilihan telur rosak bagi mengelakkannya daripada menjangkiti telur lain yang sihat.

USE THIS ONLYThe writer with one of the turtle hatchlings. — MIZAN KAMALINA JUMMAT

Penulis bersama anak penyu ketika berada di Pulau Redang. — The Star

Setelah telur menetas dan anak-anak penyu itu akan dilepaskan ke laut, manakala sarang yang digunakan perlu dibersihkan.

"Dengan peratus hidup yang rendah iaitu hanya satu daripada seribu anak penyu mampu berjaya hidup hingga dewasa, kerja pemuliharaan itu sememangnya amat penting.

"Kerja kami tidak berhenti di situ selepas matahari terbenam kerana penyu biasanya naik ke pantai pada lewat malam untuk bertelur.

"Jadi, kami perlu meronda pantai setiap jam untuk mencari jejak penyu di pasir pantai," katanya.

Cahaya dari obor-obor merah terus menembusi kegelapan ketika mereka mendokumentasikan setiap pergerakan penyu.

Masih segar diingatannya ketika dapat menyaksikan antara makhluk unik itu beraksi buat kali pertamanya.

"Saya nampak seekor penyu dengan hampir 1.8m lebar, bergerak secara senyap di sepanjang pasir sebelum membuat sarang dan menyimpan telur yang banyak selama berjam-jam.

"Memerhatikan penyu yang bertelut mengingatkan saya tentang keindahan hidup. Setiap perjalanan penyu ke darat adalah berbahaya dan usaha untuk pastikan mereka hidup dengan selamat adalah penting," katanya.

Jun dan Julai adalah bulan kemuncak untuk penyu membuat sarang untuk menyimpan telur.

Katanya lagi, selain melihat seekor induk penyu bertelur, melihat anak-anak penyu menetas dan kemudiannya merangkak dengan lincah di atas pasir untuk ke laut adalah sesuatu yang menakjubkan.

While on her break, the writer hiked to Turtle Rock to check out the views.

Turtle Rock yang terletak di Pulau Redang, Terengganu. — The Star

Mizan berkata, dia mendaki ke Turtle Rock untuk melihat pemandangan lautan dan hutan yang indah dan melakukan aktiviti di dalam air seperti snorkel sambil melihat ikan-ikan berenang di celahan terumbu karang yang berwarna-warni.

"Kami juga boleh pergi berkayak dan ke spa udang. Ia sama seperti spa ikan tetapi. Ia agak pelik, namun sangat santai pada masa sama," jelasnya.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara lain juga perlu dipertimbangkan sekiranya ada yang berminat menjadi sukarelawan.

Keperluan hidup adalah sangat sederhana dan hanya bergantung pada beg tidur mudah alih untuk menambah keselesaan ketika tidur.

"Jangan harap untuk tidur di atas tilam empuk.

"Jangan lupa juga untuk bawa krim pelindung cahaya matahari, penghalau serangga, kasut sesuai dan botol air.

"Makanan disediakan oleh sukarelawan, jadi jika anda tidak boleh memasak, maka bersiaplah untuk memotong beberapa bawang, sayur-sayuran dan lain-lain," ujarnya.

Ia juga memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi dan kreativiti dalam penyediaan hidangan untuk mengekalkan tenaga.

Tambahnya, tempat perlindungan itu bergantung pada panel solar dan penjana untuk mendapatkan tenaga elektrik.

"Bekerja bersama individu yang bersemangat dari pelbagai latar belakang memberi inspirasi.

"Bersatu dengan tujuan bersama, semangat kemanusiaan kolektif membantu mengatasi cabaran dan meraikan kemenangan sebagai satu," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram