Langgar pelajar di Ipoh: Jantung mangsa terhenti 15 minit sebelum bantuan kecemasan tiba


Suspek (tengah) yang melanggar pelajar di Ipoh dibawa ke Mahkamah Tinggi di Ipoh.

JANTUNG pelajar berusia 17 tahun yang menjadi mangsa langgar di Ipoh, Perak pada 2023 didapati terhenti 15 minit sebelum bantuan medik tiba.

Itu yang dikatakan oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, kepada Mahkamah Tinggi Ipoh dalam perbicaraan yang diadakan pada Jumaat.

Nor Shazree yang memberikan rawatan kepada mangsa semasa kejadian, didapati melakukan rawatan CPR 15 minit selepas tiba di tempat kejadian.

BACA LAGI: Langgar pelajar di Ipoh: Bukti sahkan berlaku perlanggaran antara motosikal dan kereta pegawai polis

BACA LAGI: Pegawai polis didakwa bunuh pelajar di Ipoh tukar pasukan peguam

Pembantu pegawai perubatan itu ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata yang dia percaya rawatan awal CPR sudah diberikan oleh kakak mangsa yang merupakan seorang jururawat sebelum bantuan tiba.

"Saya membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa tiada tanda-tanda kehidupan iaitu tiada nadi, tiada pembesaran anak mata dan dia tidak bernafas.

"Saya juga mendapati mangsa mempunyai kesan darah di muka dan tangan serta tidak memberikan tindak balas.

"Bagaimana pun, ketika hendak melakukan bantuan CPR, saya percaya kakak mangsa sudah melakukannya terlebih dahulu," Nor Shazree berkata kepada Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet.

Ketika di soal oleh pihak defendan, Nor Shazree mengakui dia tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

Dia tidak dapat menjangkakan berapa lama kakak mangsa melakukan CPR. Malah, Nor Shazree turut mengakui dia tidak tahu yang mangsa sudah patah tulang rusuk semasa tiba di tempat kejadian.

Namun begitu, Nor Shazree memberitahu mahkamah yang dia tetap akan melakukan CPR sekiranya mangsa sudah pun patah tulang rusuk. Ia bertuju untuk mendapatkan rentak semula pada pernafasan mangsa.

"Jika CPR dilakukan dengan tertib, kita boleh memgelak sebarang patah pada tulang rusuk," katanya.

Pada 15 Disember 2023, seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superitendan Mohd Nazri Abdul Razak dituduh menyebabkan kematian pelajar SMK Jati, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie apabila melanggarnya dengan kereta.

Kejadian itu berlaku di simpang antara Jalan Taman Jati dengan Jalan Pekeliling Meru Indah sekitar 12.05 hingga 12.40 tengah hari. — The Star/MANJIT KAUR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram