Langgar pelajar di Ipoh: Bukti sahkan berlaku perlanggaran antara motosikal dan kereta pegawai polis


Pada Isnin, rakaman daripada lima sumber berbeza berhubung insiden itu termasuk CD-R, kad memori, DVD-R, kamera pemuka dan satu lagi kad memori, turut dimainkan di mahkamah.

MOTOSIKAL milik pelajar berusia 17 tahun yang maut selepas dirempuh kereta seorang pegawai kanan polis menunjukkan bukti konsisten bahawa ia dilanggar dari arah belakang.

Perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak dalam perbicaraan yang berlangsung pada Rabu.

Saksi ketujuh, Pegawai Sains Jabatan Kimia Perak, Burhanuddin Mat Sharif, 49, berkata, analisis forensik menunjukkan berlaku pemindahan beberapa bahan antara motosikal dan kereta di tempat kejadian.

BACA LAGI: Pegawai polis didakwa bunuh pelajar di Ipoh tukar pasukan peguam

BACA LAGI: Tiada alasan luar biasa, mahkamah tolak jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar

Burhanuddin menjelaskan sampel yang dikumpul daripada motosikal itu dilabelkan sebagai Y1, Y2, dan Y3, manakala sampel daripada kereta ditandakan sebagai P1, P2, dan P3.

Beliau berkata, “Pada 18 Disember tahun lalu, saya telah menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan di ibu pejabat polis untuk menganalisis bukti yang dipindahkan.

"Analisis makmal mendedahkan bahawa serpihan cat putih (Y1) dari motosikal sepadan dengan yang ada pada kereta (P1).

"Serpihan plastik berwarna hitam (P2) dari kereta itu konsisten dengan sampel cat hitam motosikal (Y2), dan sampel tayar getah (P3) sepadan dengan sampel bahan asing hitam motosikal itu (Y3)," katanya memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz mengetuai pasukan pendakwaan termasuk Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani, dan Low Qin Hui.

6152430417345626354

Suspek, Mohd Nazri pertama kali didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 18 Disember 2023.

Pasukan pembelaan diketuai M. Athimulan, dengan bekas Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman ​​Hakim Kamaruzzaman turut mewakili tertuduh.

Semasa perbicaraan, Burhanuddin turut memberikan penjelasan mengenai kerosakan berlaku terhadap kedua-dua kenderaan itu.

Motosikal terbabit mengalami kerosakan pada lampu belakang, tayar kiri, calar di sekeliling plat pendaftaran dan kehilangan paip ekzosnya.

Beliau menambah bahawa pemeriksaan mendapati kereta itu mempunyai lampu hadapan sebelah kanan yang rosak, calar hitam pada 'bumper' dengan bahagian 'bumper' hadapannya berada dalam keadaan separa tercabut di sebelah kanan.

Burhanuddin turut berkongsikan laporan forensik termasuk 10 imej paparan bersama-sama dengan lakaran relatif tempat kejadian.

"Terdapat lima gambar paparan motosikal dan lima gambar paparan kereta," tambahnya.

Sementara itu, saksi keenam, jurugambar polis, Nik Zamri Ismail memberi keterangan bahawa dia telah mengambil 36 gambar di tempat kejadian.

“Saya dapat mengenal pasti imej kenderaan di tempat kejadian,” katanya.

Antara imej dikongsikan memaparkan suspek mengejar mangsa dan laluan ketika kedua-duanya memasuki persimpangan.

Pada Isnin, rakaman daripada lima sumber berbeza, termasuk CD-R, kad memori, DVD-R, kamera pemuka dan satu lagi kad memori, turut dimainkan di mahkamah.

Pada Selasa, Afzainizam, dalam kenyataan pembukaannya, berkata tertuduh, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak mengejar mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd ​​Zamrie, dan merempuhnya dengan laju tanpa cuba mengambil tindakan mengelak.

Mohd Nazri didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd ​​Zamrie di persimpangan Jalan Taman Jati/Jalan Pekeliling Meru Indah, dekat SMK Jati, Ipoh, Perak pada 15 Disember tahun lalu antara pukul 12.05 tengah hari dan 12.40 tengah hari.

Mohd Nazri pertama kali didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 18 Disember 2023.

Perbicaraan bersambung pada Jumaat. — The Star/ANNABELLE LAWRENCE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram