Hajat nak ke rumah sepupu tak kesampaian, budak 9 tahun maut kena rempuh kereta di Kelantan


  • 112
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Seorang kanak-kanak maut dirempuh kereta jenis Perodua Myvi sewaktu melintas jalan untuk menuju ke rumah saudaranya di Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. — Gambar Hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki menemui ajal akibat dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi sewaktu melintas jalan menuju ke rumah saudaranya di Kampung Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.

Murid sebuah sekolah agama itu disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah susulan kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dilanggar oleh lelaki warga emas berusia 61 tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Buku teks Sejarah dijadikan komik, Azrin Ahmad bijak tarik minat pelajar dapat 'result' cemerlang

BACA LAGI: Pernah hampir lemas, jurufoto wanita bertahun-tahun elak laut angkara fobia sebelum kembali mencipta nama

"Secara tiba-tiba, mangsa melintas jalan dan sebuah kereta dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat sebelum melanggarnya.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala segera dibawa ke Hospital Tanah Merah namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Haki berkata, pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Afiq Mohd Sulaiman di talian 013-3533653. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram