Warga emas jadi tekong, sumbat 15 PATI dalam Mercedes Benz, Grand Livina di Tumpat


  • 112
  • Rabu, 06 Nov 2024

Separuh daripada 15 PATI itu diseludup masuk menggunakan kereta jenis Mercedes Benz merah pada Selasa. — PGA

BATALION 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang diseludup masuk menggunakan dua kenderaan mewah di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan pada Selasa.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menyerbu sebuah rumah menerusi Op Taring Wawasan pukul 10 malam.

Nik Ros berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 lelaki dan seorang wanita menjadi penumpang dalam dua kereta jenis Grand Livina dan Mercedes Benz di depan rumah berkenaan.

BACA LAGI: Tak lepaskan suka-suka, pasangan suami isteri jururawat dan polis sanggup pilih 'shift' berbeza pantau keselamatan anak

BACA LAGI: 'Teringin lihat Adam ke sekolah', ibu gigih cari cara beri makna hidup untuk anak hidap celebral palsy

6147651591918961550

Antara PATI menaiki kereta jenis Grand Livina yang ditahan pada Selasa. — PGA

Katanya, ketika anggota tiba di lokasi, dua lelaki disyaki ketuanya atau tekong melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

"Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sah dan dipercayai warga Myanmar.

"Mereka juga disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram.

"Suspek seorang penduduk tempatan berusia 58 tahun yang ditahan dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup masuk 15 PATI itu ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan di bawah Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tumpat untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram