'Arkitek tidak pernah bersara!', anak Penang angkat seni bina tradisional Melayu hingga dapat pengiktrafan berprestij di peringkat antarabangsa


  • Bizz
  • Selasa, 05 Nov 2024

Lim (kiri) berjaya memenangi anugerah berprestij Anugerah Aga Khan pada 1998 menerusi pembangunan kediaman dikenali sebagai Salinger Residence yang terletak di Selatan Kuala Lumpur.

PROFESOR Dr Jimmy Lim merupakan salah seorang arkitek Malaysia yang namanya tidak asing lagi dalam usaha projek pemuliharaan di Malaysia

Portfolio hasil kerjanya memiliki spektrum cukup meluas terdiri daripada bangunan, banglo kediaman dan pusat peranginan tropika sehingga kepada masjid.

Salah satu seni bina mendapat sentuhannya yang paling terkenal ialah Salinger Residence, iaitu sebuah rumah unik gaya Melayu di selatan Kuala Lumpur yang memenanginya Anugerah Aga Khan yang sangat berprestij untuk bidang seni bina pada 1998 sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan inovatifnya.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Projek terkenal beliau yang lain termasuk Menara Prudential, Penang Turf Club, Wisma Genting, Awana Genting, Awana Kijal dan Awana Porto Malai di Langkawi.

Falsafah reka bentuk

Dilahirkan di Pulau Pinang, minat awal Lim dalam seni bina terbentuk semasa zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di Air Itam.

Semasa lawatan pertamanya ke Kuil Kek Lok Si, dia telah diilhamkan oleh susun atur kuil, yang menekankan "pergerakan melalui ruang" semasa seseorang berjalan antara kuil, laluan pejalan kaki, halaman dan kolam ikan.

Dilatih di Australia, Lim kembali melakukan praktik di Malaysia dengan falsafah "seni bina tropika yang meraikan seni bina tanpa dinding".

Beliau turut menyokong kepekaan terhadap konteks tapak, mereka bentuk ruang berangin berlorek, bumbung boleh bergerak dan dinding boleh alih.

The Salinger Residence is a unique Malay-style house in that won the highly prestigious Aga Khan Award for Architecture in 1998. — Photos ASAKAWA SATOSHI/AKAA

Salinger Residence adalah contoh seni bina lestari yang mengagumkan dan menyelaraskan teknik pembinaan tradisional Melayu dengan prinsip reka bentuk moden.

Lim juga percaya tentang kepentingan menaikkan bangunan di atas tanah, meminimumkan kerja di atas tanah, mengekalkan nilai tradisional dan budaya serta memelihara tumbuh-tumbuhan.

Beliau turut komited terhadap pemuliharaan dan penggunaan semula ruang untuk memberi bangunan lama nafas baharu.

Salinger Residence adalah contoh seni bina lestari yang mengagumkan dan menyelaraskan teknik pembinaan tradisional Melayu dengan prinsip reka bentuk moden.

Dibina berpaksikan tiang, struktur kayu pasca-dan-rasuk ini meminimumkan jejak kesan terhadap alam sekitarnya, sekali gus memberikan penghargaan terhadap kepada akar budayanya sambil mencerminkan kepercayaan Islam.

Direka bentuk dengan kemapanan ekologi pada terasnya, rumah ini terletak secara strategik di atas tanah lebih tinggi untuk mengurangkan laluan air semasa musim tengkujuh dan berorientasikan bagi memerangkap angin serta meningkatkan pengudaraan semula jadi.

Susun aturnya yang unik terdiri daripada dua segi tiga sama sisi yang bersebelahan - segi tiga yang lebih besar berfungsi sebagai ruang tamu utama, manakala segi tiga yang lebih kecil berfungsi sebagai beranda seperti haluan, menawarkan pemandangan kawasan luar menarik.

(pls use) The Salinger Residence was built by traditional Malay carpenters entirely by hand, using only minimal machinery such as a small cement mixer.

Rekaan bahagian dalaman Salinger Residence.

Di tingkat bawah, rumah itu mempunyai teras granit heksagon terdiri daripada pintu masuk, ruang legar kecil, tandas dan tangga yang menuju ke ruang tamu tingkat satu, ruang makan, dapur serta bilik tidur.

Sementara itu, bahagian tangga membolehkan penghuni terus naik ke tingkat dua, yang mempunyai bilik persalinan, bilik tidur utama dan ruang belajar.

Salinger Residence dibina oleh tukang kayu tradisional Melayu sepenuhnya menggunakan tangan, dengan bantuan jentera yang minimum antaranya bagi aktiviti pembancuh simen kecil.

Strukturnya diperbuat daripada kayu tebal, terkenal dengan ketahanannya terhadap air dan anai-anai, dengan jubin bumbung buatan tangan melengkapkan estetika semula jadi.

Juri antarabangsa Aga Khan mengiktiraf Salinger Residence kerana menunjukkan bagaimana sesebuah seni bina dibangunkan tanpa penggunaan teknologi tinggi sebaliknya dicapai menerusi kemahiran kerja pertukangan dan kreativiti.

Projek itu juga berjaya menggabungkan makna seni bina vernakular yang kaya dengan realiti kehidupan kontemporari, sekali gus membuktikan bahawa reka bentuk mapan boleh menjadi inspirasi vernakular yang cantik dan berfungsi.

Komitmen sepanjang hayat

1440x736_main3

Pembangunan resort peranginan Awana Kijal di Kemaman, Terengganu antara yang mendapat sentuhan Lim. — Agensi

Sebagai mengiktiraf dedikasi beliau dalam profesion seni bina, Lim telah dianugerahkan Medal PAM Emas pada 2020 oleh Pertubuhan Akitek Malaysia (Institut Arkitek Malaysia) sebagai menghargai komitmen dan perkhidmatan sepanjang hayat beliau.

Pengaruh Lim melangkaui reka bentuknya, kerana beliau juga merupakan salah seorang ahli pengasas Badan Warisan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan pemuliharaan warisan dan menggalakkan kesedaran tentang warisan seni bina Malaysia.

Meskipun sudah memasuki usia persaraan, beliau terus aktif menjalankan kerja seni bina tanpa menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti.

Malah, jawapannya ketika ditanya mengenai perkara itu turut menimbulkan inspirasi bagi kebanyakan orang ramai khususnya mereka yang bergiat dalam bidang seni bina

“Awak tahu tak? Arkitek tidak pernah bersara!” ujarnya.

Sejak beberapa tahun belakangan ini, Lim turut terbuka berkongsi pengetahuan dan pandangannya melalui pengajaran serta bengkel reka bentuk dengan pelajar universiti.

Sumbangan beliau telah membentuk landskap seni bina Malaysia dengan ketara, memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menghargai dan memelihara warisan budaya yang kaya dan mentakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara.

Melalui hasil kerjanya, Lim bukan sahaja memperkayakan persekitaran terbina tetapi juga memupuk hubungan lebih mendalam dengan warisan budaya Malaysia yang pelbagai. — The Star/TAN BEE EU

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram