'Air tangan made in Gombak', cipta figura comel termasuk pramugari, polis dan tentera 'berwajah' Malaysia


  • 112
  • Ahad, 03 Nov 2024

Mohamad Afiq Faiz telah memiliki koleksi figura peribadi beridentitikan wira tempatan sebanyak 24 buah dan lebih 120 buah lagi dari luar negara.

DALAM dunia hobi pengumpulan figura, trend kini semakin terarah kepada watak-watak adiwira serta siri animasi dari luar negara.

Penggemar hobi ini, yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, sering menjadikan watak-watak dari francais terkenal seperti Marvel, DC, serta anime Jepun sebagai pilihan utama dalam koleksi mereka.

Figura adiwira seperti Iron Man, Spider-Man, Batman, dan Superman kekal menjadi kegemaran ramai, terutamanya susulan kejayaan filem-filem blokbuster Hollywood yang menonjolkan watak-watak tersebut.

BACA LAGI: Dari bayangan Bruce Lee ke layar perak, Saiful Zelwany turun ilmu seni pertahan diri buat Syafie Naswip

BACA LAGI: Nyawa di hujung tanduk, Dr Mohd Khir Rezza imbau semula pengalaman rawat tentera parah akibat letupan

Namun, bagi namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempatan seperti polis, tentera dan pramugari sebagai koleksi peribadinya.

Bukan itu sahaja, pemuda berusia 35 tahun dari Gombak, Selangor itu juga mampu mereka cipta sendiri figura berskala 1:6 (ketinggian 30 sentimeter) daripada saiz manusia sebenar, iaitu kemahiran yang jarang dimiliki anak tempatan kerana ia memerlukan kreativiti, ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan figura menyerupai kostum sebenar.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos -- Pegawai Psikologi Kementerian Kerja Raya Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin menunjukkan cara menghasilkan koleksi figura pakaian seragam tempatan, ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz yang menjadikan figura pakaian seragam tempatan seperti polis, tentera dan pramugari sebagai koleksi peribadinya.

Bukan itu sahaja, pemuda berusia 33 tahun dari Gombak, Selangor itu juga mampu mereka cipta sendiri figura berskala 1:6 (ketinggian 30 sentimeter) daripada saiz manusia sebenar, iaitu kemahiran yang jarang dimiliki anak tempatan kerana ia memerlukan kreativiti, ketelitian dan kesabaran bagi menghasilkan figura menyerupai kostum sebenar.

Bercerita kepada Bernama baru-baru ini, beliau berkata minatnya bermula apabila melihat tidak ada pengumpul atau pereka figura tempatan yang mengetengahkan wira tempatan berbanding figura import.

Sehingga kini, Mohamad Afiq Faiz memiliki koleksi figura peribadi beridentitikan wira tempatan sebanyak 24 buah dan lebih 120 buah lagi dari luar negara.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mohamad Afiq Faiz menunjukkan cara menghasilkan koleksi figura pakaian seragam tempatan.

Cerita Mohamad Afiq, dia yang juga pegawai psikologi di Kementerian Kerja Raya (KKR) mula belajar untuk mencipta figura tersebut pada 15 tahun yang lalu ekoran daripada sukar untuk mendapatkan figura wira tempatan berbanding figura import.

"Biasanya pengumpul figura tempatan obses dengan watak yang diinspirasikan daripada animasi dan filem luar negara seperti keluaran Hottoys dari Hong Kong yang mengeluarkan figura Marvel dan DC Comic seperti Spiderman, Ironman dan Hulk.

"Tapi, figura yang berkaitan peristiwa dan sejarah negara tidak ada orang yang mahir membuatnya, mungkin kerana tidak ada yang membuat kajian dan memerlukan masa bagi mendapatkan bahan untuk menghasilkan sesuatu figura tempatan yang sempurna," ujarnya.

Sehingga kini, Mohamad Afiq Faiz telah memiliki koleksi figura peribadi beridentitikan wira tempatan sebanyak 24 buah dan lebih 120 buah lagi dari luar negara.

Antara koleksi figura tempatannya ialah uniform polis wanita ketika memerangi komunis, Home Guard (1948-1960), uniform askar Melayu melawan askar Jepun di Bukit Chandu (1942), uniform polis ketika melawan komunis di Bukit Kepong (1950), uniform anggota Unit Tindakan Khas (UTK), uniform anggota elit Pasukan Khas Laut (Paskal) dan uniform pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALBATT).

Mohamad Afiq Faiz yang menjadikan figura pakaian seragam tempatan seperti polis, tentera dan pramugari sebagai koleksi peribadinya.

Antara, figura lain dalam koleksinya ialah imej yang menjadi kebanggaan negara seperti uniform pramugari Malaysia Airlines dan AirAsia serta kostum peristiwa semasa seperti pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai petugas barisan hadapan melawan virus Covid-19.

Jelas Mohamad Afiq lagi, minat mendalam terhadap sejarah negara mendorong dia mereka cipta figura tempatan selain mahu berkongsi minatnya kepada orang ramai melalui 'penceritaan' di sebalik setiap figura.

"Ibu saya sendiri merupakan bekas pegawai Arkib Negara dan kehidupan saya banyak dihabiskan di muzium yang terdedah dengan bacaan mengenai sejarah melalui buku dan dokumen lama.

"Sehubungan itu, lama-kelamaan timbul minat sehingga saya terfikir untuk berbuat sesuatu yang boleh menarik minat masyarakat kepada sejarah dalam bentuk figura uniform wira tempatan," katanya.

Bapa kepada seorang anak itu juga berkata pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya bagi menyiapkan sesuatu figura tempatan antaranya kajian di muzium, tempahan secara dalam talian untuk aksesori pakaian dan ubah suai daripada barang kitar semula seperti kertas, kain dan aluminium untuk dijadikan kostum figura.

"Selain itu, aspek pewarnaan juga mencabar, contohnya uniform polis dahulu kala, maklumat yang ada hanya (foto warna) hitam putih, jadi untuk mengetahui warna asal, saya menggunakan teknologi film colorization.

"Saya juga terpaksa menempah bahan dari Perancis iaitu senjata jenis Sten Gun yang diguna polis semasa pertempuran di Bukit Kepong," katanya.

Walaupun telah menghabiskan ribuan ringgit dan pernah menerima tawaran daripada individu tertentu untuk membeli figura tempatan yang dihasilkan, Mohamad Afiq belum berhasrat menjualnya setakat ini.

"Namun, sekiranya ada mana-mana individu yang ingin mengadakan pameran berkaitan sejarah, saya sedia membawanya untuk dipamerkan sebagai satu daripada daya tarikan dan pembelajaran yang lebih interaktif," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram