Budak lelaki di Malaysia lebih ramai berbanding perempuan pada 2024 — Jabatan Perangkaan


  • Primer
  • Jumaat, 01 Nov 2024

Jumlah lelaki dan perempuan bawah 5 tahun masing-masing adalah 1.22 juta dan 1.14 juta. — Gambar hiasan

MALAYSIA mempunyai lebih ramai kanak-kanak lelaki berbanding perempuan berdasarkan anggaran penduduk pada 2024, kata Jabatan Perangkaan.

“Jumlah lelaki dan perempuan bawah 18 tahun masing-masing berjumlah 4.72 juta dan 4.42 juta.

“Manakala komposisi kanak-kanak bawah 5 tahun pada 2024 ialah 2.36 juta atau 6.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak di Malaysia. Jumlah lelaki dan perempuan bawah 5 tahun masing-masing adalah 1.22 juta dan 1.14 juta," kata Ketua Perangkaan Negara, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Beliau berkata, angka itu diperoleh daripada anggaran penduduk bagi 2024 yang meletakkan bahawa bilangan kanak-kanak bawah 18 tahun adalah 9.14 juta atau 26.9 peratus daripada jumlah 34.06 juta penduduk Malaysia.

Laporan jabatan berkenaan kanak-kanak adalah berdasarkan statistik mengenai populasi, kesihatan, pendidikan, perlindungan budak dan kanak-kanak terlibat dalam jenayah.

Statistik ini adalah antara petunjuk digunakan untuk mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak, selaras dengan konsep dan garis panduan disyorkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Ketua Perangkaan Negara, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Mohd Uzir menambah Putrajaya mencatatkan peratus tertinggi penduduk di bawah 18 tahun, dengan jumlah 40.5 peratus daripada jumlah penduduk 0.12 juta di Putrajaya.

Ini diikuti Kelantan (34.0 peratus) dan Terengganu (33.2 peratus), manakala Kuala Lumpur mencatatkan terendah pada 21.6 peratus.

“Bagaimanapun, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi penduduk bawah 18 tahun iaitu 1.83 juta, diikuti Sabah (1.12 juta) dan Johor (1.11 juta).

“Jumlah terendah bawah 18 tahun dicatatkan di Labuan iaitu 0.03 juta,” tambahnya.

Mengenai pendidikan, Mohd Uzir berkata, jumlah pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada 2023 meningkat 4.6 peratus daripada 4,962,900 pelajar pada 2022 kepada 5,192,600 pelajar tahun lepas.

“Sementara itu, jumlah pelajar di sekolah swasta meningkat tahun lepas sebanyak 3.6 peratus kepada 442,900 pelajar berbanding 427,600 pelajar pada 2022,” tambahnya.

Mengenai kesihatan kanak-kanak, Mohd Uzir berkata, kematian pramatang dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah pada 36.4 peratus, diikuti kecacatan kongenital, ubah bentuk dan keabnormalan kromosom (27.5 peratus), radang paru-paru (2.6 peratus), kemalangan jalan raya (1.5 peratus) dan meningitis (0.7) peratus.

Daripada segi imunisasi, beliau menyatakan bahawa perlindungan untuk bayi bertambah baik pada tahun lepas.

Beliau berkata, insiden hepatitis B mencatatkan peningkatan tertinggi apabila meningkat sebanyak 10.6 peratus kepada 107.7 peratus tahun lepas berbanding 97.1 peratus pada 2022.

Ia diikuti polio, difteria, tetanus, dan pertusis (DTP), dan Haemophilus influenzae jenis B (HIB), dengan peningkatan masing-masing 10.5 peratus hingga 107.7 peratus berbanding 97.2 peratus pada 2022.

Sementara itu, BCG mencatatkan peningkatan terendah daripada 97.7 peratus pada 2022 kepada 98.7 peratus tahun lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram