Bekas Ketua Perangkawan meninggal dunia, dikebumikan di Sungai Buloh


  • Primer
  • Selasa, 04 Jun 2024

Allayarham yang menghembuskan nafas terakhir pada Isnin. — Facebook/DOSM

BEKAS Ketua Perangkawan, Datuk Shaari Abdul Rahman, meninggal dunia pada Isnin.

Allahyarham yang pernah memegang jawatan Ketua Perangkawan Malaysia bermula 1995 hingga 2004 itu akan dikebumikan pada Selasa di Tanah Perkuburan Gajah 11 berhampiran Masjid Darul Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian figura itu.

BACA LAGI: Polis buru 3 suspek pecah masuk stesen minyak guna lastik, kuku kambing di Keningau

BACA LAGI: 11 kali pecah bengkel, restoran penduduk Kepong, 'Geng Ruben' akhirnya tumpas

445034881_854242423414243_8323565982706156736_n

DOSM menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allayarham. — Facebook/DOSM

"Justeru, warga DOSM ingin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga terus tabah dan bersabar dengan kehilangan Allahyarham.

"DOSM akan sentiasa mengingati setiap sumbangan dan bakti Allahyarham khususnya dalam memperkukuhkan sistem statistik dalam membantu Negara menyediakan dasar dan perancangan sosio ekonomi negara," katanya.

Untuk rekod, Allahyarham memulakan karier sebagai Perangkawan pada 1 Mei 1971.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Perangkawan yang keempat pada 16 September 1995 dan Pesuruhjaya Banci pada 2000.

Antara daya usaha yang dipelopori beliau adalah memperkukuhkan perkhidmatan Jabatan melalui pengukuhan peranan DOSM Negeri sebagai barisan hadapan dalam pengumpulan data.

Beliau juga memperkenalkan penggunaan ICT dalam prosesan dan penghantaran data secara atas talian melalui File Transfer Protocol (FTP) daripada DOSM Negeri ke Ibu Pejabat.

Selepas persaraannya pada 19 September 2004, beliau meneruskan khidmat sebagai Penasihat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan bidang statistik.

Buat masa ini, Allahyarham merupakan Ahli Lembaga Pengarah kepada empat anak syarikat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram