MAHKAMAH Majistret Sibu, Sarawak memerintahkan seorang lelaki berusia 44 tahun direman enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi lelaki di tempat pembuangan sampah di Jalan Tong Sang, Sibu.
Lelaki terbabit bersama seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis petang Selasa susulan penemuan bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkilli Suhaili berkata, hasil tindakan pantas polis menjalankan siasatan membawa kepada penahanan dua suspek itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Terlupa mesin masih beroperasi, pekerja kilang di China terbelah 2 dihimpit pemadat logam
Beliau berkata, ketika ditemukan orang awam pada pukul 8.30 pagi semalam (Selasa) dan bayi itu yang diletakkan di dalam bekas penyimpanan ikan berada dalam keadaan lemah.
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Bayi seberat 1.48 kilogram ditemukan bersama uri dan tali pusat itu dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan lemah oleh orang awam.
"Berdasarkan siasatan awal, bayi yang ditemukan bersama uri dan tali pusat itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.
"Bayi seberat 1.48 kilogram itu kini sedang dirawat di Hospital Sibu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelas beliau lagi, polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dengan penahanan dua suspek.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil memberikan maklumat dengan menghubungi talian 084-364373 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail, di talian 014-9067909. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram