TINDAKAN seorang lelaki warga asing menggunakan perkataan jelik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundang amarah dalam kalangan warga maya.
Melalui satu video yang dimuat naik di laman X pada Isnin itu memaparkan lelaki dipercayai warga Rohingya tersebut mengeluarkan kata-kata kesat.
Malah dia juga dengan beraninya menuduh anggota polis mengambil rasuah dan berlaku tidak adil.
BACA LAGI: Murid lelaki berbaju merah jalur hijau hilang ketika ke sekolah agama di Kuala Lumpur
"Hei p****** polis. Aku tak payah malu, aku (dari) Pandan Indah balik Pandan Jaya.
"Aku ada kad UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian).
"(Pada) tahun 2017 kau nak ambil aku punya kad. Kau polis makan rasuah.
"(Disebabkan baju tiada), kau tengok warna kulit ya? Semak dalam kerajaan lah,(aku) tiada hutang ya, tiada rekod," katanya dalam rakaman video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dikeluarkan lelaki berkenaan.
Seorang pengguna laman X (Twitter) @Dane_Lombardo berpendapat, memiliki kad UNHCR seolah-olah memberi mereka tiket untuk melakukan kesalahan.
"Lambakan warga asing, pendatang haram, UNHCR kad paling kebal di Malaysia?
"Mereka bebas buat video dan naratif tentang anggota keselamatan kita? Sampai bila kami selaku rakyat dihidang dengan kebiadaban mereka ini?" soalnya.
Turut bersetuju, @shahajeaku yang mendakwa, golongan pemegang kad UNHCR kebanyakannya terlalu bangga dengan kelebihan yang diberikan kepada mereka.
"Apa dia cakap? Bangga sangat dengan kad UNHCR. Sepatutnya (mereka ini) sudah boleh berambus.
"(Seharusnya) pemegang kad boleh menetap (di Malaysia) maksimum lima tahun sahaja," tulisnya.
Sementara itu, @Hazeman pula memohon agar golongan pihak berkaitan turun padang dan bantu selesaikan isu lambakan warga asing di negara ini, yang dilihat semakin besar kepala.
"Biasa kena pow ni. Mohon geng pembela bangsa mari bincang turun dan selesaikan PATI (pendatang asing tanpa izin) di Lembah Klang dan kawasan Selangor ini.
"Mereka sudah mula pijak leher orang tempatan," dakwanya. ― Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram