DEMI menghasilkan rakaman video menarik, seorang remaja lelaki hampir maut selepas dilanggar sebuah kereta api di Rangpur, Bangladesh baru-baru ini.
Dalam kejadian pada Khamis (24 Oktober) lalu, mangsa, Likhan Mia bersama-sama empat lagi rakannya berkunjung ke salah sebuah stesen kereta api Shingimari Railway Bridge, Rangpur.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang berusia 14 tahun itu bersama rakannya yang lain hendak membuat kandungan video untuk dimuat naik ke dalam TikTok sebelum kejadian malang itu berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] Terlupa mesin masih beroperasi, pekerja kilang di China terbelah 2 dihimpit pemadat logam
Video kejadian itu juga turut tular di laman media sosial sehari selepas insiden tersebut.
Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan Likhan dan rakannya berada di tengah-tengah landasan sebelum terdengar bunyi kereta api semakin menghampiri mereka.
Empat daripada mereka segera berlari ke tepi landasan untuk menyertai seorang rakannya yang merakam dari tepi.
Cuba teka hidup atau tidak pic.twitter.com/RJoXBgiglB
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) October 29, 2024
Namun, Likhan memutuskan untuk berdiri di tengah-tengah landasan sambil menari dan mengabaikan keselamatan dirinya demi mendapatkan perhatian dalam rakaman tersebut.
Tindakan itu membawa padah selepas mangsa yang berlari ke tepi terlalu dekat dengan landasan sehingga menyebabkan dia dirempuh kereta api berkenaan sekali gus membuatkan rakan-rakanya yang lain turut terjatuh.
Impak daripada rempuhan itu menyebabkan Likhan mengalami kecederaan di bahu dan kepalanya.
Memetik laporan media antarabangsa, mangsa dihantar ke Hospital Perubatan Rangpur untuk mendapatkan rawatan.
Likhan bernasib tidak mengalami kecederaan serius dan menerima 14 jahitan di kepala.
Rata-rata warga maya yang melihat video itu juga menganggap kejadian yang menimpa Likhan itu sebagai 'kejadian ajaib' dan berharap Likhan tidak mengulangi lagi tindakannya itu.
Sementara itu, setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa Keretapi Bangladesh masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersbut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram