SEORANG imam maut akibat ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali selepas selesai solat Jumaat, di selatan Iran pada minggu lalu.
Lebih mengejutkan lagi, mangsa, Mohammad Sabahi ditembak di tempat awam dan sedang berbual dengan para jemaah oleh seorang warga emas yang tidak didedahkan namanya ketika kejadian.
Tragedi berdarah itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berdekatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Terlupa mesin masih beroperasi, pekerja kilang di China terbelah 2 dihimpit pemadat logam
Memetik laporan media antarabangsa, Gabenor Kazeroun, Mohammad Ali Berkhrad berkata, Sabahi menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah hospital selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat insiden itu.
Jelas beliau lagi, penyerang kemudiannya menembak diri sendiri sejurus selepas melakukan serangan.
[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]
Sementara itu, menurut laporan IRNA, Sabahi telah berkhidmat sebagai Imam Kharameh selama 10 tahun sebelum kembali ke Kazeroun pada November 2019.
Insiden tersebut juga merupakan pembunuhan ketiga seorang Imam Jumaat di Kazeroun sejak Revolusi Islam 1979.
Menurut IRNA, laporan awal mengenai penyerang itu juga bercanggah di mana ada berita palsu di laman Telegram yang mendakwa suspek merupakan seorang veteran perang.
Bagaimanapun, Mehdi Mazarei dari Yayasan Syahid Kazeroun menyangkal dakwaan itu dan memberi amaran supaya tidak menyebarkan maklumat palsu.
Mizan News pula melaporkan suspek mempunyai rekod jenayah dan pernah cuba mencederakan hakim mahkamahsebelum ini.
Ia termasuk kejadian seorang lagi Imam Jumaat, Mohammad Khorsand yang maut ditikam pada Mei 2019 dan penembakan Abdolrahim Daneshjou pada 1981, yang dikaitkan dengan Mujahedin Rakyat Iran (MEK). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram