Kes 1MDB: Najib diarah bela diri 25 pertuduhan penyelewengan


Pendakwaan terhadap Najib mengenai isu 1MDB adalah sah menurut Mahkamah Tinggi.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperintah untuk membela diri mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.

Najib terpalit dengan empat dakwaan salah guna kuasa dan 21 dakwaan penggubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, pihak mahkamah sudah melakukan penilaian terperinci dalam kes tersebut dan pihak pendakwaan membuktikan terhadap prima facie dalam kes melibatkan Najib itu.

BACA LAGI: Kes 1MDB: PM Anwar terima baik permohonan maaf Najib

BACA LAGI: Kes 1MDB: Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia

"Mahkamah ini menyeru tertuduh untuk membuat pembelaan atas kesemua 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram," kata hakim tersebut.

Sebelum itu, Najib turut diminta membela diri mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berkenaan dakwaan salah guna kuasa.

Najib kemudiannya memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dan dia tidak mempunyai apa-apa untuk disorokkan.

Sebelum ini, hakim mendapati pendakwaan terhadap kes 1MDB adalah sah dan tidak cacat.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, kes skandal yang melibatkan wang bernilai RM2.3 bilion menafikan pendapat pasukan pembelaan Najib yang mengatakan dakwaan dilihat sebagai cacat dan samar-samar.

"Saya dapati pertuduhan itu memenuhi semua kriteria undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah," ujar hakim tersebut. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram