[VIDEO] Lelaki mengaku bersalah guna surat palsu dapatkan 3 pangkat Datuk di Melaka


Individu tersebut dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada September lalu.

SEORANG lelaki mengaku bersalah menggunakan surat palsu untuk mendapatkan tiga gelaran Datuk di Melaka pada Jumaat.

Mohamad Nizam Abdul Ghani, 46, mengaku bersalah di depan Majistret Khairunnisak Hassni menggunakan dokumen palsu untuk membolehkan tiga individu memperoleh gelaran Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan negeri.

Kesalahan tersebut dilakukan dekat Taman Paya Rumput Perdana, Melaka pada 21 September sekitar pukul 11.06 malam.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita dakwa kena paksa jadi wanita simpanan along kerana hutang bapa didenda RM4,000

BACA LAGI: Kes 1MDB: Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menggunakan memalsukan dokumen yang diketahui tulen.

Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 468 berhubung pemalsuan dokumean untuk tujuan menipu. Tertuduh boleh dipenjarakan maksimum selama tujuh tahun dengan denda jika disabitkan bersalah.

Tertuduh kemudiannya dibenarkan diikat jamin sebanyak RM7,000 oleh seorang penjamin dengan mahkamah menetapkan 4 Disember ditetapkan sebagai tarikh jatuh hukum.

Dalam pada itu, rakan Mohamad Nizam, Shahrizan Sahauddin, 45, turut didakwa atas pertuduhan memalsukan dokumen melibatkan individu sama di tempat dan waktu serupa.

Dia didakwa di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Shahrizan turut diikat jamin dengan nilai RM4,000 bersama satu penjamin dengan 12 Disember ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. — The Star/RSN MURALI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram