Kes 1MDB: Najib diperintah bela diri bermula 2 Disember


Najib (tengah) perlu membela diri terhadap 25 tuduhan dikenakan kepadanya.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diarahkan untuk membela diri terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula 2 Disember.

Najib diperintah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah untuk membela diri terhadap empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pendakwaan penggubahan wang haram berjumlah RM2.28 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.

Pembelaan itu perlu dilakukan selepas pihak mahkamah mendapati pendakwaan terhadap Najib dianggap sebagai sah dan tidak cacat.

BACA LAGI: Kes 1MDB: PM Anwar terima baik permohonan maaf Najib

BACA LAGI: Kes 1MDB: Najib diarah bela diri 25 pertuduhan penyelewengan

Mahkamah menetapkan proses pendengaran selama 97 hari sepanjang Disember dan merentasi 2025 bagi membolehkan Najib menjawab segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Najib memilih untuk memberikan bukti dengan cara melakukan pengakuan bersumpah kepada mahkamah. Katanya, dia tidak mempunya apa-apa untuk disorokkan.

Pihak mahkamah sudah melakukan penilaian terperinci dalam kes tersebut dan pihak pendakwaan membuktikan terhadap prima facie dalam kes melibatkan Najib itu.

"Mahkamah ini menyeru tertuduh untuk membuat pembelaan atas kesemua 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram," kata hakim tersebut.

Selain itu, Najib turut diminta membela diri mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berkenaan dakwaan salah guna kuasa. — The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram