[VIDEO] Rider kena 'sekolah' buat live, tak hormati keluarga mangsa kemalangan maut


  • Tular
  • Ahad, 27 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang tular di media sosial mendapat kecaman daripada orang ramai.

TINDAKAN seorang penunggang motosikal yang tular di media sosial mendapat kecaman daripada orang ramai.

Menerusi video yang berdurasi tiga minit tersebut, lelaki berkenaan dipercayai membuat siaran langsung (live) menggunakan aplikasi TikTok di kawasan kemalangan tersebut tanpa kebenaran daripada keluarga mangsa.

"Buat live di kawasan kemalangan maut, telefon pintar polis ambil dan disekolahkan oleh polis, harap jadi pengajaran, hormati keluarga arwah," katanya.

BACA LAGI: 'Luka yang melukakan', skil Milunovic, kesilapan Shivan punca Perak FC biar Sang Penyu curi mata

BACA LAGI: Pasrah alami ACL, 'The Engineer' Selangor mahu pulang lebih awal

Tindakannya itu jelas tidak menghormati keluarga mangsa kemalangan maut berkenaan.

Pada masa sama, salah seorang polis yang bertugas di kawasan kemalangan berkenaan menghentikan tindakan lelaki tersebut.

Difahamkan, polis tersebut merampas telefon pintar dan sempat memberi nasihat kepada lelaki tersebut untuk tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram