Lebih RM80 juta hasil kutipan bayaran pensijilan halal sejak 2012


  • Primer
  • Selasa, 29 Okt 2024

Kepentingan pensijilan halal menjadi tambah nilai perkhidmatan khususnya dalam pasaran halal global.

KERAJAAN telah mengutip lebih RM80 juta bayaran pengeluaran sijil halal antara 2012 hingga 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan jumlah kutipan RM80,032,254.43 ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong di Parlimen pada Selasa.

Mohd Na'im berkata, terdapat peningkatan dari tahun ke tahun dengan yuran kutipan berjumlah RM3,641,120 pada 2012 dan RM12,153,640 pada 2023.

BACA LAGI: Lagu APT Rose Blackpink-Bruno Mars didakwa bawa unsur lucah, tak sesuai untuk kanak-kanak

BACA LAGI: Ramai tak tahu, vokalis My Chemical Romance yang cipta Spiderman versi perempuan, siri popular di Netflix

Menurutnya, jumlah tersebut menjadi cerminan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan usahawan dan industri Malaysia tentang kepentingan pensijilan halal sebagai perkhidmatan tambah nilai, khususnya dalam pasaran halal global.

"Secara keseluruhan, dalam tempoh yang sama sebanyak 85,893 syarikat telah memperoleh pensijilan halal," katanya.

946718_601856629827622_1216273020_n

Jumlah kutipan tersebut meningkatkan kesedaran dalam kalangan usahawan dan industri Malaysia tentang kepentingan pensijilan halal sebagai perkhidmatan tambah nilai khususnya dalam pasaran halal global.

Mohd Na'im juga menekankan komitmen berterusan kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak perniagaan khususnya perusahaan kecil dan mikro untuk memohon pensijilan halal.

Ketika ditanya Ahli Parlimen Labis sama ada kementerian bercadang untuk mewajibkan pensijilan halal kepada lebih banyak pengusaha restoran, Mohd Na'im menjelaskan bahawa perolehan pensijilan itu kekal secara sukarela berdasarkan pematuhan piawaian pensijilan halal Malaysia.

Berhubung dakwaan rasuah dalam isu pengeluaran sijil halal, beliau memberi jaminan bahawa siasatan telah dimulakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

“Setakat ini, tiada bukti menunjukkan mana-mana pegawai dari Jakim terlibat dengan rasuah,” ujarnya.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram