SEORANG murid lelaki dilaporkan hilang di kawasan sekitar bangunan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Isnin.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna akaun Facebook Hafiz So pada Isnin, kanak-kanak yang bernama Aminuddin berusia 11 tahun kali terakhir dilihat di lokasi terbabit.
"Anak ini sepatutnya berada di pejabat ibunya di LPPKN untuk bersedia ke sekolah agama.
"Pakaian yang dipakai kali terakhir dilihat adalah baju sukan Sekolah Agama merah berjalur hijau dan berseluar biru tua," tulisnya.
Dia juga memohon kerjasama orang awam untuk menyebarkan pengumuman itu agar mangsa dapat ditemui segera dengan selamat.
Ibu mangsa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan polis.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram