SUSPEK yang menculik seorang budak perempuan berusia 12 tahun di Klang, Selangor didapati cuba menjual mangsa kepada sindiket pelacuran, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata, urusan tersebut bagaimanapun gagal apabila sindiket terbabit mengetahui bahawa polis sudah mengeluarkan maklumat terbuka mengenai kehilangan gadis terbabit.
“Ketua kumpulan penculik itu telah cuba menjualnya ke sindikket. Ia berada dalam kawasan Chow Kit (Kuala Lumpur) tetapi budak perempuan itu itu diberitahu untuk kembali kepada enam suspek (apabila urusan itu gagal)," katanya ketika ditemui di ibu pejabat kontinjen Selangor pada Khamis.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pada Sabtu lalu, Polis Selangor menahan enam suspek termasuk dua wanita susulan serbuan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran sebaik mangsa dilaporkan hilang.
“Kemungkinan keenam-enam suspek akan disambung reman esok,” katanya.
Hussein menambah bahawa dua daripada enam suspek terdiri daripada seorang remaja lelaki 13 tahun dan lelaki dewasa 23 tahun juga telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa.
Mangsa kali terakhir dilihat pergi ke sebuah kereta untuk mengambil makanan di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.
Pada waktu itu, polis percaya mangsa menaiki sebuah kereta bersama suspek kerana mengenali salah seorang perempuan yang menumpang kenderaan tersebut.
"Dia mahu mengikut mereka kerana dia mengenali salah seorang gadis yang merupakan bekas teman wanita abangnya," katanya.
Mangsa berusia 12 tahun dilaporkan hilang pada 8 Oktober lalu sebelum ditemui selamat pada 12 Oktober dengan suspek ditahan pada hari yang sama.
Dua lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pelacuran itu masih dikesan polis. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram