'Luka yang melukakan', skil Milunovic, kesilapan Shivan punca Perak FC biar Sang Penyu curi mata


  • Podium
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Penyerang dari Serbia, Milunovic membuka tirai jaringan pada minit kesembilan selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

PERAK FC terpaksa berputih mata apabila berkongsi satu mata dalam perlawanan bertemu Terengganu FC saingan Liga Super 2024 pada Sabtu.

Beraksi di laman sendiri nyata memberi semangat buat The Bos Gaurus (TBG) apabila berjaya menjarakkan kedudukan dengan keputusan 1-0 seawal minit ke-10.

Anak-anak buah Yusri Che Lah itu pada mulanya berjaya mendahului dengan keputusan 1-0 menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Luka Milunovic minit kesembilan.

BACA LAGI: [VIDEO] Enggan letak harapan tinggi, Black Panthers kekal 'wajah sama' sepanjang GP Johor

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami nak tuntut janji Syamer Kutty', fans Penang tuntut janji raih 3 mata berdepan Sabah

WhatsApp Image 2024-10-26 at 18.58.19 (1)

Sebahagian aksi menarik ketika pemain Sang Penyu (jersi putih) cuba merebut bola daripada tonggak Perak FC.

Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan Perak FC memberi ruang kepada pasukan pelawat untuk mengikat kedudukan menerusi jaringan Nelson Bonila pada penghujung perlawanan babak pertama.

Bersambung babak kedua, dengan sorakan dan sokongan padu daripada penyokong yang hadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Ipoh, Perak itu menyaksikan sekali lagi rezeki berpihak kepada tuan rumah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kedua.

Keputusan sepakan penalti itu diambil selepas berlaku pertembungan antara penjaga gol Sang Penyu, Suhaimi Husin dan pertahanan Perak FC, Jesper Nyholm di dalam kawasan kotak penalti.

Ketenangan Luciano Guaycochea mencetak gol memberi kelebihan buat Perak FC untuk kembali berrnafas selepas berjaya menewaskan Suhaimi Husin.

Bagaimanapun, Terengganu FC bangkit menyamakan kedudukan apabila pertahanan TBG dikesan mengasari salah seorang pemain Sang Penyu.

Susulan itu, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat dan Nik Sharif Haseefy berjaya menyempurnakan sepakan tersebut pada penghujung perlawanan menjadikan kedudukan 2-2.

WhatsApp Image 2024-10-26 at 19.16.18

Perak FC terpaksa berputih mata apabila Terengganu FC bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Susulan keputusan seri itu, ramai penyokong pasukan Utara tanah air itu tidak berpuas hati dengan tindakan pertahanan Perak FC, Shivan Pillay yang menyebabkan TBG gagal meraih tiga mata berharga di laman sendiri.

"Adui kesalahan last minit macam inilah buat orang frust," kata Norhafiz Apis.

"Shivan pasal apa nak sauk kaki orang lain pula, benda boleh dapat tiga mata terus seri, rugi benar dua penalti," kata FL Hifzillah.

"Kenapa Shivan tu tendang kaki player Ganu?, Shivan punca Perak FC seri," kata Zul Fahmi.

"Shivan banyak buat kesilapan dalam kotak penalti bukan masa pertama saja tapi masa kedua pun buat benda sama," kata Mohd Fairuz Abu Bakar.

Selain kesilapan mudah yang dilakukan oleh Shivan, ramai penyokong meletakkan kesalahan di bahu Milunovic yang dianggap menjadi punca kedua-dua pasukan terikat sebelum masuk ke bilik persalinan meskipun mencetak gol buat Perak FC.

"Dia dapat gol penalti dan dia juga punca Perak FC bolos, Luka yang melukakan," kata Kamal Bacha Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram