[VIDEO] Enggan letak harapan tinggi, Black Panthers kekal 'wajah sama' sepanjang GP Johor


  • Podium
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Negeri Sembilan Antlers menewaskan Penang Black Panther (jersi biru) dengan straight set (15-13,15-11) dalam peringkat Kumpulan D GP Penang. — Facebook/STL

SAINGAN Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Johor bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor akan menyaksikan sekali lagi 12 pasukan Liga Premier untuk berentap merebut gelaran juara bagi GP Johor yang akan bermula pada 29 Oktober nanti.

Meskipun terkandas di peringkat kumpulan dalam GP Penang sebelum ini, pengurus Penang Black Panthers, Mohd Hasnul Hadi Abdul Rashid berkongsikan bahawa pasukannya itu mahu memperbaiki kelemahan menjelang GP Johor nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Fans cilik pun datang sokong, kepak Sang Kenari diseru gamatkan Stadium Darul Aman

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami nak tuntut janji Syamer Kutty', fans Penang tuntut janji raih 3 mata berdepan Sabah

Kelab dari Pulau Pinang tersebut diundi dalam Kumpulan D bersama naib juara GP Perak, Selangor Pistons dan ATM Guardians.

Menurutnya, anak-anak buahnya kini sedang dalam persiapan yang baik untuk mengharungi cabaran dalam Kumpulan D tersebut.

Mengulas lanjut mengenai harapan GP Johor, Mohd Hasnol menyatakan sasaran pasukannya berdasarkan prestasi semasa Penang Black Panthers.

"Harapan untuk GP Johor ini, kita akan cuba sehabis baik, apa pun cabaran kita akan hadap.

"Matlamat kita kali ini kalau boleh kita nak fokus mara ke suku akhir sajalah sebab dalam peringkat kumpulan ini, kita akan berdepan dengan dua pasukan yang kini sedang on form," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-10-25 at 19.40.13

Penang Black Panthers gagal mara ke suku akhir selepas terkandas di peringkat kumpulan GP Penang. — Facebook/STL

Tambahnya lagi, dia enggan meletak sasaran tinggi untuk pasukannya kerana dia bimbang perkara itu akan memberi tekanan kepada anak-anak buahnya.

"Kami tak nak letak harapan terlalu tinggi untuk GP Johor ini sebab risau ia akan beri tekanan kepada para pemain

"Jadi rancangan kami mahu menang tapi ikut step by step, kalau ada rezeki, kami mahu lepasi peringkat kumpulan.

"Saya harap penyokong dapat bagi semangat kepada pemain Penang Black Panthers untuk beraksi dengan lebih baik GP Johor nanti," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram