SEBUAH institusi pendidikan swasta di Kota Damansara, Selangor mengumumkan penutupan sementara akibat kes keracunan yang dialami mereka.
Sekolah Sri KDU dalam kenyataannya mengatakan terdapat sekumpulan pelajar mengalami keracunan makanan dengan pihaknya dalam usaha untuk menamatkan jangkitan sebelum ia merebak lebih teruk.
Disebabkan insiden itu, Sri KDU membuat keputusan untuk menutup sekolah buat sementara waktu sebelum sesi persekolahan bersambung semula pada 4 November. Mereka turut melancarkan siasatan terhadap penyedia makanan di sekolah itu.
BACA LAGI: 'Sedih ramai 'sign' tak setuju', masih ada guru, penjawat awam lain tak faham kebaikan SSPA
BACA LAGI: Peniaga KL kecam tindakan ambil alih bazar Ramadan, ragu pengurusan DBKL
"Dalam keadaan yang sukar, terutamanya mereka yang menjadi mangsa, kami amat bersyukur dengan sokongan, nasihat, dan tunjuk ajar diberikan oleh ramai pihak dalam komuniti kami.
"Pihak pemeriksa sudah memeriksa dapur dan mengambil sampel untuk ujian. Kami akan memberikan kerjasama untuk mengenal pasti sumber jangkitan dan melaksana apa-apa cadangan untuk mengurangkan kejadian serupa berlaku di masa akan datang.
"Pihak sekolah mengesan kejadian tersebut dan melaporkan terus kepada pihak berkuasa pendidikan, kesihatan dan pihak polis," kata Sri KDU dalam kenyataannya.
Berkenaan mangsa, Sri KDU mengatakan majoriti pelajar mengalami dehidrasi dan sudah mendapatkan rawatan di hospital. Kebanyakan mereka sudah pulang ke rumah selepas menjalani rawatan.
"Terdapat seorang masih lagi menjalani rawatan dan mempunyai perkembangan baik untuk pulih.
"Tiada sebarang individu dalam komuniti kami yang mengalami kesakitan serius buat masa ini," tambah Sri KDU.
Sri KDU turut mengatakan yang majoriti pelajar yang keracunan mengambil masa 24 hingga 48 jam untuk pulih.
Namun begitu, mereka tidak mendedahkan bilangan sebenar mangsa keracunan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram