SUASANA pesta bertema Holloween bertukar kecoh apabila ramai pengunjung cuba melarikan diri daripada pihak polis semasa serbuan dijalankan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, cubaan mereka untuk meloloskan diri berjaya dihalang polis pada awal pagi Ahad dan tindakan polis untuk menghentikan acara tersebut menunjukkan usaha untuk menjaga keselamatan awam, terutama menjelang perayaan Halloween.
Kelab itu dihiasi dengan hiasan bertemakan Halloween dan risalah yang mempromosikan acara malam yang menakutkan.
BACA LAGI: Hasrat ke Cameron Highlands tak kesampaian, pelancong Jepun maut bas persiaran rempuh treler
BACA LAGI: Stairs of Death antara 5 trail 'bucket list' uji kekuatan fizikal dan mental hikers kental
Rusdi Mohd menggerak 31 pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan Rasuah, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) KL dan Wangsa Maju dibantu oleh sepasukan daripada Jabatan Imigresen.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Comm Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, 10 individu ditahan dalam serbuan itu.
“Pasukan serbuan memeriksa 94 individu termasuk empat pekerja kedai dalam operasi yang diberi nama kod ‘Ops Noda #KLStrikeForce’ kira-kira pukul 3.47 pagi.
“Sembilan individu termasuk tiga wanita warga asing berusia antara 21 dan 54 tahun ditahan susulan pemeriksaan.
“Kami turut menahan seorang wanita dipercayai penjaga kedai itu bagi membantu siasatan,” jelasnya.
Rusdi berkata operasi itu dijalankan oleh 31 pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan Rasuah, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) KL dan Wangsa Maju dibantu oleh sepasukan daripada Jabatan Imigresen.
Hasil serbuan berjaya merampas beberapa peralatan yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.
"Siasatan turut menunjukkan kedai berkenaan telah beroperasi tanpa lesen. Kami akan melakukan serbuan serupa pada masa hadapan,” tambahnya.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
=================
Keyword- 112, Holloween, polis, Ops Noda, Rusdi Mohd Isa, Polis Kuala Lumpur, Bahagian Pencegahan Rasuah, Perjudian dan Kongsi Gelap
Summary - Operasi yang diberi nama kod ‘Ops Noda #KLStrikeForce’ berlaku kira-kira pukul 3.47 pagi.
Kepsyen- Kelab terlibat dihiasi dengan hiasan bertemakan Halloween dan risalah yang mempromosikan acara malam tersebut.