KEJADIAN tragis melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh dari tingkat 12 kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini dilaporkan stabil dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Lee Swee Sake berkata, kanak-kanak tersebut sedang berada di bawah pemerhatian selama 48 jam di sebuah hospital swasta di sini.
“Menurut keluarga kanak-kanak lelaki itu, mangsa berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di ICU untuk pemerhatian selama 48 jam,” katanya pada Ahad.
BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011.
Mangsa ditemui oleh neneknya yang berusia 63 tahun di tingkat tujuh dan difahamkan bahawa dia berada di dalam bilik air semasa kejadian berlaku.
Swee Sake memaklumkan siasatan masih diteruskan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi kejadian dengan kes disiasat mengikut seksyen yang sama. Diharapkan kanak-kanak ini cepat sembuh dan dapat kembali ke keadaan normal.
Terdahulu, kira-kira pukul 9.20 malam pada Sabtu, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari tingkap bilik tidur utama di tingkat 12 kondominium itu dan terhempas di lantai konkrit tingkat tingkat ketujuh.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
==================
Keyword- Unit Rawatan Rapi (ICU), kondominium, Lebuh Tunku Kudin, Gelugor, Polis Daerah Timur Laut, Supt Lee Swee Sake, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011
Kepsyen- Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011