PROGRAM latihan Khidmat Negara atau PLKN 3.0 yang dijadualkan bermula pada Januari 2025 hanya akan melibatkan mereka yang selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Beliau berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai umur peserta yang akan dipilih untuk program itu.
“Fokus kita tahun depan adalah kepada mereka yang telah mengambil SPM. Yang tidak dapat hadir kerana pelbagai kekangan masih boleh berbuat demikian sehingga 35 (tahun)... ini mengikut Akta (Latihan Khidmat Negara).
"Terdapat salah faham tentang bagaimana pengambilan dilakukan. Mereka (orang ramai) mengatakan pada usia 30 tahun mereka sudah bekerja tetapi tidak ada isu... Akta ini memberi sedikit kelonggaran," katanya selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Sungai Petani, Kedah pada Ahad.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Adly berkata, mulai Januari 2025, seramai 1,000 peserta akan terlibat dalam ditempatkan di dua kem latihan.
"Kita telah menambah baik modul latihan. Apa yang penting, apabila meninggalkan program Khidmat Negara, mereka akan mempunyai jati diri dan juga mempunyai tahap keupayaan tertinggi untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang masing-masing," katanya.
Sementara itu, berhubung dakwaan mengenai kekerapan insiden kapal asing – khususnya China – memasuki perairan Malaysia, Adly berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan keupayaan keselamatan dan pertahanan negara.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (dua dari kiri). — Facebook/AdlyZahari
"Ini adalah amalan biasa dan kami telah memajukan maklumat ini kepada Parlimen bahawa ia adalah sebahagian daripada kerjasama dua hala kami. Mana-mana kapal yang ingin berlabuh di Malaysia mesti membuat permohonan," katanya.
Menurut Adly, setakat Oktober sahaja, Malaysia sudah menerima kunjungan dari negara seperti Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Rusia dan China.
"Kita menerima (ketibaan kapal asing) agak kerap, kadang-kadang dua atau tiga kali sebulan. Ini adalah amalan Malaysia sebagai negara berkecuali dan kami terbuka untuk menerima rakan pertahanan kami selagi mereka melalui proses yang ditetapkan," katanya.
Terdahulu, Adly menyampaikan geran Sokongan Peningkatan Keusahawanan Luar Bandar bernilai RM140,000 kepada 28 usahawan veteran ATM dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang terlibat dalam perniagaan seperti perkhidmatan, elektrik, pembuatan, makanan dan peruncitan.
“Setakat ini, 161 veteran ATM telah menerima geran itu dengan nilai keseluruhan RM805,000.
“Saya berharap mereka dapat meningkatkan kualiti keusahawanan dari segi meningkatkan peralatan dan produktiviti untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram