'Setiap keping ada nilai sentimental', Azman layak digelar 'Raja Setem', miliki lebih 20,000 koleksi termasuk klasik


  • Massa
  • Ahad, 27 Okt 2024

Azman meneruskan minat mengumpul setem sejak sekolah menengah sehingga umurnya 56 tahun. — The Star/Ong Soon Hin

BERMULA secara suka-suka sejak di bangku sekolah menengah sekitar 80-an, seorang penjawat awam tidak menyangka minat mengumpulkan setem masih dapat diteruskan sehingga sekarang.

Azman Yusoff kini berusia 56 tahun itu mempunyai lebih 20,000 koleksi setem berkaitan Malaysia termasuk versi klasik dengan wajah Ratu Victoria (Ratu terakhir United Kingdom (UK) dan Ireland Utara) yang dikeluarkan buat pertama kali di negara ini pada Disember 1867.

Menurutnya, setem itu dikeluarkan berikutan tertubuhnya Negeri-Negeri Selat sebagai tanah jajahan pemerintahan British.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga di Terengganu minta maaf, tak bakar jagung dah takut beri kesan kepada pelanggan

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan menjerit minta tolong lihat kawan hilang dihanyut ombak deras ketika mandi-manda di Indonesia

Pengumpul setem Azman Bin Yusoff.—ONG SOON HIN/The StarReporter: MUHAMMAD MUSTAKIM

Azman juga mempunyai katalog atau buku menceritakan tentang nilai setem di seluruh dunia. — The Star/Ong Soon Hin

Setem itu turut tertera perkataan Straits Settlements beserta logo sebuah mahkota.

"Zaman sekolah, saya kumpul setem yang terdapat pada sampul surat sekadar suka-suka.

"Apabila sudah mula bekerja, hobi ini bertambah serius dan saya mencari setem tidak digunakan lagi iaitu setem Malaya yang dikeluarkan pada 1957 sekali gus menjadi setem pertama saya beli.

"Saya juga mengumpul setem mengikut katalog iaitu buku panduan mengandungi maklumat lengkap semua setem pernah dikeluarkan di Malaysia. Ia memberikan panduan jelas berhubung nilai dan semasa sekeping setem," katanya.

Pengumpul setem Azman Bin Yusoff.—ONG SOON HIN/The StarReporter: MUHAMMAD MUSTAKIM

Antara koleksi setem yang dikumpulnya. — The Star/Ong Soon Hin

Jelasnya, nilai setem adalah mahal berdasarkan beberapa faktor antaranya belum pernah digunakan, ditarik balik atau unissued (tidak dapat dipasarkan) dan tanda harga tercetak pada setem itu sendiri.

Katanya lagi, setem unissued itu sukar diperoleh kerana ia harus dimusnahkan, namun itulah yang paling dicari-cari oleh para pengumpul setem.

Sebagai contoh, setem British Military Administration Malaya 1949 yang dimilikinya adalah antara koleksi unissued.

Pengumpul setem Azman Bin Yusoff.—ONG SOON HIN/The StarReporter: MUHAMMAD MUSTAKIM

Azman mengumpul lebih 20,000 keping setem sejak 80-an lagi. — The Star/Ong Soon Hin

Menurutnya, harga setem tersebut ketika itu adalah RM0.08 sen, tetapi harganya mencecah RM2,000 pada 2015.

"Setiap bulan saya belanja RM1,000 untuk membeli setem. Lazimnya, saya lebih selesa mencarinya secara dalam talian.

"Saya tidak beli di pasar karat kerana harganya terlampau mahal. Jika hadir kursus di luar negara seperti di UK baru saya beli di pasar karat berikutan harga yang lebih berpatutan.

"Lagipun mudah mendapatkan setem Malaysia di sana kerana faktor sejarah antara negara kita dan mereka," ujarnya.

Pengumpul setem Azman Bin Yusoff.—ONG SOON HIN/The StarReporter :  MUHAMMAD MUSTAKIM

Antara koleksi setem luar negara yang dikumpulnya. — The Star/Ong Soon Hin

Anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu juga berkata, dia berusaha mengumpul setem yang berkaitan dengan negeri tersebut sebanyak mungkin.

Tambahnya, jika terdapat lebihan setem, Azman akan akan menjualnya.

Bagi Azman, setiap setem yang dikumpul memberi nilai sentimental tersendiri dengan sejarah lokasinya.

Bahkan, hasil menjual kepingan setem itu juga dapat membantunya membayar yuran pengajian anak ke menara gading. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram