[VIDEO] Langgar lampu merah, pemandu SUV tak berhenti lepas rempuh penunggang basikal di Puchong


  • Tular
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan kemalangan yang berlaku melibatkan penunggang basikal dan pemandu SUV di Puchong, Selangor.

SEORANG pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) bertindak melarikan diri selepas merempuh penunggang basikal di persimpangan lampu isyarat di Puchong, Selangor pada 27 September lalu.

Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial sejak Sabtu, pemandu tersebut dilihat memecut laju di ketika lampu isyarat merah.

Pemandu itu kemudiannya melanggar penunggang basikal yang datang dari arah kiri secara tiba-tiba. Malah, suspek juga tidak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes mengamuk pecah cermin kereta, besar kemungkinan angkara masalah ‘sambung bayar’

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita 'naik hantu' pecahkan cermin, kereta ditarik sebab 8 bulan tak bayar ansuran

Bagaimanapun mangsa terselamat apabila kenderaan terbabit hanya melanggar tayar depan basikal.

Dalam video sama, kelihatan mangsa terjatuh dan terduduk di bahu jalan sebelum bangun semula.

Namun, tiada kecederaan serius terhadap mangsa dilaporkan setakat ini.

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram