Sudah seminggu tanpa tindakan, ibu buntu kesihatan anak merosot akibat dibuli, ditendang di sekolah


  • Tular
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Muhammad Izz yang didakwa dibuli di sekolah oleh murid berumur 10 tahun sejak 4 Oktober lalu. — Facebook/Nurulhuda

SEORANG wanita kecewa dan sedih apabila melihat keadaan anak lelakinya yang sakit akibat dibuli dan dikasari di sekolah.

Melalui perkongsian dimuat naik di Facebook Nurulhuda Saim pada Jumaat, kesihatan anaknya kini semakin merosot kerana terpaksa menahan sakit di badan.

Nurulhuda mendakwa bahawa anaknya, Muhammad Izz Naufal Qayyim Mohd Faizal masih trauma, ketakutan dan ketinggalan jauh dalam pelajarannya.

BACA LAGI: Anggur premium tumbuh di negara 4 musim hidup subur di Gopeng

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas fasilitator kongsi tip penting sebelum buat gimik macam UiTM Segamat

6116221072786440352

Keadaan badan anaknya yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rangka kerana tiada selera makan selepas dibuli. — Facebook/Nurulhuda

Dia mendakwa kes yang berlaku sejak 4 Oktober lalu itu sudah dilaporkan kepada pihak polis namun masih belum ada sebarang tindakan diambil selepas seminggu berlalu.

"Seminggu dah berlalu kes anak saya dibuli. Ulang-alik hospital dan dua sekolah.

"Situasi kejadian anak di sekolah kebangsaan dan perkarangan tadika. Yang paling teruk kena tendang di sekolah kebangsaan belakang kantin.

"Budak pembuli tu dah buat dua kali pengakuan memang ada niat nak tendang anak saya.

"Waktu anak saya rehat nak habiskan makanan pembuli tiba-tiba datang dan terus tendang peha dan pinggang anak saya," dakwanya.

Dia juga mendakwa, Muhammad Izz bertindak tidak melawan dan tidak mengadu pada guru kelas berhubung kejadian itu.

6116221072786440351

Kesan lebam yang terdapat pada anggota badan Muhammad Izz. — Facebook/Nurulhuda

Tambahnya, Muhammad Izz akan mengerang kesakitan setiap malam kerana sakit di pinggangnya dan tiada selera makan.

"Buat pengetahuan semua kesihatan anak saya masih sama. Tak lalu makan. Kadang-kadang ada sakit pinggang. Ada masa dia muntah-muntah sebab perut masuk angin dari pagi tak nak makan.

"Setiap malam merengek sakit pinggang. Pergi hospital saya nak buat x-ray doktor tak bagi. Dengan alasan tak bagus sebab radiasi," tulisnya.

Melihat situasi itu, dia menjadi buntu serta mengharapkan agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan wajar terhadap pembuli berkenaan.

"Kes masih berjalan. Moga anak saya dapat pembelaan," ujarnya.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahupun Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram