'Silap-silap orang buta boleh jatuh', reka laluan pejalan kaki guna penutup longkang tak logik dan berisiko


  • Massa
  • Jumaat, 25 Okt 2024

Penutup longkang digunakan sebagai laluan pejalan kaki dianggap tidak bersesuaian terutamanya untuk golongan OKU. — X/hrzrfn

LALUAN pejalan kaki seharusnya direka dengan menerapkan ciri-ciri yang selamat digunakan oleh penggunanya termasuk golongan orang kelainan upaya (OKU).

Namun, terdapat juga sesetengah lokasi yang dibina tanpa mengambil kira kepentingan dan kesesuaian untuk penduduk setempat.

Ia dapat dilihat menerusi perkongsian dimuat naik di akaun X @jaegar00 pada Rabu lalu yang memaparkan keadaan laluan pejalan kaki direka menggunakan penutup longkang.

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai tak sayang nyawa, berebut nak melintas walau kereta api beberapa saat hampir tiba di Indonesia

BACA LAGI: 'Sedih ramai 'sign' tak setuju', masih ada guru, penjawat awam lain tak faham kebaikan SSPA

GakzGo5acAAU_JZ

Laluan pejalan kaki yang dilihat berbahaya buat pengguna. — X/hrzrfn

Menurutnya, rekaan tersebut sememangnya tidak sesuai kerana ia berkemungkinan boleh membahayakan keselamatan pejalan kaki.

"Ini nampak seperti jenaka yang menyakitkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini di Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie, Petaling Jaya, Selangor.

"Bayangkan anda terperangkap dalam laluan pejalan kaki berpagar ini dan berdoa agar penutup longkang tak pecah bila berjalan," tulisnya.

Katanya, meskipun strukturnya mungkin dirasakan kukuh namun, risiko untuk pecah atau rosak tidak dapat dielakkan.

Ia juga disokong oleh rata-rata warga maya lain yang turut berasa bahawa reka bentuk pejalan kaki itu perlu diubah.

"Orang yang cakap 'boleh je (jalan) laju' gagal dalam hidup bermasyarakat. Reka bentuk perlu sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

"(Orang) cacat atau kanak-kanak merangkak pun boleh guna dan reka bentuk yang baik adalah bila pengguna tak perlu risau kalau penutup tu kukuh atau tidak," komen @hrzrfn.

"Kalau macam ini punya rekaan, silap-silap orang buta pun boleh jatuh kalau lalu," ujar @jafargfr.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi kisah pernah berdepan dengan masalah tersebut.

"Mak cik saya pernah jatuh di satu penutup longkang itu yang rosak. Dia cuma berdiri, nasib baik dia baik-baik sahaja," tambah @duraath.

Justeru, orang ramai menggesa pihak berwajib atau PBT berkenaan dapat menyelesaikan masalah terbabit demi kesejahteraan penduduk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram