Tak mampu miliki komputer sebelum dapat biasiswa ke AS, kenali jejaka India antara figura berpengaruh di Silicon Valley


  • Bizz
  • Khamis, 24 Okt 2024

Sundar dilantik menjadi CEO Google pada 2015.

SUNDAR Pichai boleh dikatakan adalah salah seorang individu paling berkuasa di Silicon Valley, iaitu pusat teknologi dan inovasi berpengaruh bukan sahaja Amerika Syarikat (AS), tetapi juga dunia.

Pada 2019, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Alphabet (GOOGL) di samping peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google.

Pengumuman itu merupakan satu kemuncak terhadap perjalanan hidup Sundar, daripada seorang budak yang datang daripada pendidikan sederhana di India kepada menjadi peneraju salah satu perniagaan paling bernilai dan berpengaruh di dunia.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Sundar dibesarkan di Chennai, India, dengan akses cukup terhad terhadap kemudahan telefon, apatah lagi komputer atau internet.

Bagaimanapun, kekurangan itulah kemudiannya yang menanam kesedaran terhadap dirinya mengenai betapa hebat impak boleh dicapai dengan teknologi.

Keluarganya perlu menunggu sehingga lima tahun sebelum mereka mendapat kemudahan telefon.

Apabila memperolehinya, iaitu ketika Sundar sudah berusia 10 tahun, kediaman mereka terus menjadi tarikan kepada jiran yang akan datang untuk meminjam bagi membuat panggilan.

“Ia menjadi perkara umum. Orang ramai akan datang untuk memanggil anak-anak mereka.

"Jadi bagi saya, ia menunjukkan kuasa yang boleh diberikan dengan teknologi," katanya Sundar kepada dalam satu temu bual eksklusif bersama CNN.

6068962740174699920

Sundar merupakan lulusan Universiti Stanford dalam bidang kejuruteraan. — Agensi

Dalam pada itu, beliau juga tidak memiliki komputer peribadi sehingga dia berpindah ke AS dan belajar di Universiti Stanford menggunakan biasiswa.

Bermula daripada situ, Sundar tidak menoleh ke belakang.

Beliau seterusnya lulus dari Stanford dengan sarjana dalam bidang kejuruteraan dan kemudiannya mendapat sarjana dari Wharton School di University of Pennsylvania.

Selepas menamatkan pengajian, Sundar bekerja di Applied Materials and McKinsey sebelum menyertai Google pada 2004.

Di sana, beliau memegang pelbagai peranan, termasuk menyelia Chrome, ketua produk Google dan ketua sistem pengendalian Android.

Beliau dipilih menjadi CEO pada 2015.

Sundar menyifatkan pencapaiannya untuk menerajui Google adalah satu peluang seumur hidup yang sukar untuk dilepaskan.

Namun, beliau mengakui jawatan tersebut bukanlah sesuatu yang dihasratkannya secara peribadi.

Sundar turut mengakui bahawa beliau terkejut apabila pengasas bersama Google, Larry Page dan Sergey Brin bertemu untuk memaklumkan mengenai pelantikan tersebut kira-kira sedekad lalu.

“Saya sedang sibuk membina produk. Dan saya agak tidak menjangka ke mana perbualan itu akan pergi pada waktu itu," katanya.

Dua langkah perlu diikuti untuk capai kejayaan

Dalam satu temu bual berasingan, Sundar turut berkongsikan resipi kejayaan yang menurutnya perlu diikuti oleh seseorang individu untuk mereka memiliki kehidupan yang berjaya.

Dua perkara tersebut menurutnya adalah bergerak mengikut minat atau passion serta memiliki fikiran yang terbuka.

Untuk yang pertama, Sundar berkata, seseorang individu perlu mencari perkara yang diminati dan disukai di samping keberanian untuk melakukannya.

"Ambil masa untuk mencari perkara yang menggembirakan anda lebih daripada perkara lain di dunia," ujarnya.

Katanya, minat tersebut tidak semestinya perlu sama dengan pekerjaan atau perkara dilakukan oleh ibu bapa, rakan sebaya atau masyarakat di sekeliling anda.

"Seandainya saya meneruskan kursus di universiti, saya mungkin akan mempunyai PhD hari ini, yang akan membanggakan ibu bapa saya.

"Tetapi saya mungkin terlepas peluang untuk membawa manfaat teknologi kepada ramai orang lain dan saya pastinya tidak akan berdiri di sini bercakap dengan anda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Google," ujarnya.

105193472-RTS1QG9H

Menurut Sundar, dua perkara yang perlu dimiliki oleh seseorang yang mahu berjaya adalah minat dan juga fikiran yang terbuka. — Agensi

Bagi Sundar, minat itu adalah sesuatu yang boleh melangkaui apa-apa topik atau bidang.

Ujarnya, minat adalah satu kepercayaan yang kuat bahawa dengan melakukan perkara itu secara bersungguh-sungguh akan memberi manfaat kepada orang ramai dan menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

Bagaimanapun, perjalanan untuk mengejar minat itu menurut Sundar perlu diiringi dengan fikiran terbuka.

Meskipun beliau cukup tahu mengenai minatnya - teknologi - tetapi Sundar tetap membuka fikirannya terhadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam perjalanan tersebut

Apabila dia lulus dari Stanford, Sundar terlebih dahulu bekerja bersama syarikat semikonduktor dan beliau ketika itu percaya ia adalah jalan terbaik untuk mengejar minatnya.

Bagaimanapun, dia kemudiannya mengubah haluan.

"Saya mengambil sedikit masa untuk menyedari bahawa internet akan menjadi satu-satunya cara terbaik untuk menjadikan teknologi boleh diakses oleh lebih ramai orang," katanya.

Sebaik sahaja dia mengubah fikiran tentang cara terbaik untuk membuat perubahan dalam bidangnya, Sundar menyertai Google, iaitu tempat dirinya kemudian menjadi tulang belakang kepada operasi pelayar Chrome yang terkenal.

"Saya sering mengatakan bahawa semangat adalah segala-galanya. Anda tidak boleh memberi inspirasi kepada orang lain melainkan anda sendiri yang memberi inspirasi.

"Tetapi walaupun mudah untuk mengatakan 'pergi cari minat anda,' adalah sesuatu yang sukar untuk menjelasnya apa sebenarnya minat yang anda cari.

"Bagaimanapun, selepas menulis 10 buku mengenai kepimpinan dan komunikasi - dan bertemu ramai usahawan paling terkenal di dunia - saya telah mencapai pemahaman yang lebih baik tentang apa itu minat dan cara untuk mengejarnya.

Menurut Sundar, minat atau passion itu adalah rasa keseronokan atau kepuasan yang mendalam ketika melaksanakan sesuatu misi.

"Tetapi mengubah minat itu menjadi realiti memerlukan fikiran yang terbuka mengenai ke manakah ia akan membawa anda," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram