PADA waktu ini, masyarakat sememangnya terdedah kepada risiko mengalami masalah kesihatan otot dan tulang ekoran daripada perubahan gaya hidup.
Antara penyumbang kepada perkara tersebut adalah kekurangan aktiviti fizikal atau gaya hidup sedentari khususnya mereka yang bekerja di pejabat dan tinggal di bandar.
Menyedari mengenai masalah tersebut, dua pemuda berganding dengan mengeluarkan produk unik dikenali sebagai PainFix yang berhasrat memberikan bantuan penyelesaian mengurangkan kesakitan bagi golongan milenial.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Selain mudah dan selamat , PainFix turut menggunakan ramuan herba semula jadi yang menawarkan falsafah berbeza tentang pengurusan kesakitan.
Diterajui dua jejaka muda, Yen Tse Yap dan Jian Ping Fan, produk diketengahkan sejak tahun 2016 itu antara lain menumpukan usaha meningkatkan kesedaran tentang kaedah mengekalkan kesihatan otot dan tulang yang baik serta menghalang isu kesakitan kerap dihadapi orang ramai.
Lebih menarik, PainFix turut bekerjasama dengan Persatuan Alumni NFL di Amerika Syarikat (AS) dengan mengadakan kaji selidik bagi 50 bekas atlet bola Amerika (NFL) profesional juga rakan kongsi jenama itu.
Tse Yap (kiri) dan Ping Fan mempunyai jalur keluarga yang mengamalkan Kung Fu.
“Sedia maklum, bola sepak Amerika (American football) antara sukan kadar kecederaan tertinggi dan atlet NFL bersara menggunakan penampal (patches) PainFix terhadap pelbagai kecederaan seperti sakit pinggang, bahu dan lutut.
“Menerapkan antara formula tradisional dan moden, PainFix membantu mengurangkan kesakitan kerap dihadapi masyarakat.
“Jenama ini juga berbeza daripada pasaran umum kerana lazimnya menggunakan bahan penyejuk atau pemanasan seperti minyak wintergreen, kapur barus atau mentol menghasilkan sensasi dan kelegaan sementara,” katanya.
Selain memainkan peranan positif terhadap sukan tempatan, dua usahawan itu juga berhasrat membentuk demografi negara semakin menua dengan kualiti kehidupan bebas sakit otot dan sendi.
“Pada pengamatan kami, permintaan terhadap pasaran perubatan bagi menyelesaikan kesakitan otot dan mengurangkan keradangan berkembang pesat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Trend ini juga ketara kelihatan apabila perkhidmatan klinik fisioterapi, kiropraktik dan osteopatik semakin ramai,” ujarnya.
Dalam pada itu, pada tahun lalu, PainFix turut bekerjasama dengan Farmasi Caring bagi membawa produknya kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara.
“Kami ingin memastikan produk diketengahkan memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan di Caring.
“Selain itu, kami juga terbuka untuk bekerjasama dengan barisan farmasi hospital, peruncit dan rangkaian pengedar untuk mengembangkan lagi geografi pelanggan di dalam dan luar negara.
“Buat masa ini, kami juga dalam perancangan untuk meneruskan kerjasama usaha mengembangkan pasaran PainFix ke AS bersama Persatuan Alumni NFL,” tambahnya.
PainFix turut berhasrat membentuk demografi negara semakin menua dengan kualiti kehidupan bebas sakit otot dan sendi.
Berkongsi kisah bermulanya PainFix, Tse Yap memberitahu, membesar dalam keluarga mengamalkan perawatan perubatan tradisional mendorong dirinya mendekati permasalahan kesihatan masyarakat.
“Semasa belajar dan bekerja di luar negara, saya menyedari bahawa biarpun terdapat pelbagai perkembangan dalam perubatan moden, sakit otot dan sendi kronik adalah satu bahagian yang mana tiada banyak kemajuan dicapai.
“Malah, terdapat kebergantungan tinggi terhadap ubat penahan sakit dan pembedahan untuk masalah belakang dan lutut,” tutur beliau.
Selepas beberapa tahun menyepadukan fisioterapi ke dalam amalan perubatan klinik keluarganya, kata Tse Yap, pertemuan dengan Fan Jian Ping yang pulang dari London dengan Ijazah PhD, Kejuruteraan Biomechinal menarik minatnya memberi tumpuan penyelidikan mendalam terhadap kesihatan tulang.
Memulakan Relivium Sciences pada 2016, formula digunakan di klinik keluarga Yen dengan dilakukan dengan kajian bersama saintis di Universiti Monash untuk melihat keberkesanan herba digunakan.
“Penyelidikan dibiayai oleh anak syarikat Agensi Inovasi Malaysia, PlaTCOM Ventures dengan keputusan kajian sel manusia in vitro menunjukkan formula diketengahkan mengurangkan keradangan.
“Selepas kajian selesai, kami mencipta kit mudah digunakan, mereplikasi urutan dan tampalan herba dijalani oleh pesakit di klinik. Produk pertama kali diperkenalkan PainFix adalah gel penyejuk, krim suam dan tampalan hidrogel terapi sejuk.
“Penggunaan ramuan semula jadi seperti herba diformula. Ini boleh digunakan secara individu atau dalam program tiga langkah menggabungkan latihan terapeutik,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram