Rayuan kes 'tahanan rumah' Najib didengar 5 Disember depan


Najib memfailkan notis rayuan pada 9 Julai lalu.

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 5 Disember depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung penolakan terhadap permohonanya untuk mendapatkan kebenarannya semakan kehakiman berhubung wujudnya titah addendum mengenai tahanan rumah.

Najib mendakwa titah addendum itu dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly@Arwi, ketika mengesahkan mengenai tarikh perbicaraan itu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Permohonan Najib yang juga bekas Perdana Menteri berusia 71 tahun itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai 2024 yang mendapati empat afidavit menyokong dakwaan itu termasuk daripada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat khabar angin.

Susulan penolakan itu, Najib memfailkan notis rayuan pada 9 Julai lalu.

Beliau menamakan tujuh responden dalam permohonannya iaitu Menteri Dalam Negeri, Pesuruhjaya Negara Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), pengarah -ketua Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Dalam permohonannya yang difailkan pada April tahun ini, Najib memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri bertarikh 29 Jan 2024.

Beliau juga meminta sekiranya dekri tambahan itu wujud, responden mesti menguatkuasakannya dan memindahkannya segera dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Najib dipenjarakan di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan bersalah menggelapkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Berikutan sabitan kesalahannya, beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang menyebabkan hukuman penjaranya dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram