[VIDEO] Ramai sebak bumbung Stadium Shah Alam akhirnya runtuh, tak sabar nantikan rupa baharu KSSA


  • Podium
  • Jumaat, 13 Sep 2024

SELEPAS lama menanti, akhirnya gerak kerja perobohan Stadium Shah Alam (SSA) sudah bermula pada tahun ini.

RAMAI sebak melihat kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam, Selangor yang dibuat selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menerusi hantaran di laman Facebook Milo Suam memuat naik rakaman proses merobohkan Stadium Shah Alam yang giat dijalankan.

Itu sekali gus menandakan bermulanya kerja-kerja membangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal memiliki pelbagai kemudahan termasuk sebuah hotel.

BACA LAGI: Tukang masak nomad dan resipi kebangkitan Kuching City FC

BACA LAGI: Bukan setakat Mintah-Kipre, Penang harus waspada kualiti Danial Amier lawan Kuching City

Seorang pengguna, Mohd Hilmi Abu Bakar berasa sebak melihat proses merobohkan Stadium Shah Alam dilakukan.

"Tetap rasa sebak di hati melihat proses meruntuhkan Stadium Shah Alam ini.

"Banyak kenangan. Merah kuning lambang kebanggaan anak Selangor," tulisnya.

Mohd Hilmi turut mendoakan agar KSSA yang bakal dibina menjadi satu hal yang baik.

"Semoga stadium yang bakal dibina akan jadi stadium yang mantap, insya-ALLAH," tulisnya.

Seorang pengguna, Ben Aragon pula tidak menafikan bahawa stadium itu memiliki memori bermakna, namun reda jika sudah tiba masa untuk perubahan dilakukan.

"Stadium kenangan, tetapi sudah sampai umur reda sahaja kena tukar baharu. Janji bukan runtuh timpa orang, lagi kecoh satu negara," tulisnya.

Ada juga yang mencadangkan agar stadium itu boleh diperbesarkan agar memudahkan pelbagai aktiviti dibuat di situ.

"Buat stadium besar sikit. Boleh buat festival makanan halal sekali," tulis Cendol Tapai.

Kerja-kerja perobohan stadium tersebut bermula pada 2022 dengan keadaannya sudah mula rosak akibat bencana banjir selain penyelenggaran tidak efisien.

Selain mengalami kerosakan di bumbung, isu turut disaksikan di struktur lain yang mendesak tindakan itu diambil kerajaan negeri.

Bagaimanapun, mengikut perancangan, Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) akan dibangunkan dengan sebuah stadium serba moden bakal menjadi tumpuan utama. Ia dijangka siap pada 2026. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram