
KEBANYAKAN ruang pejalan kaki di luar rumah sekitar Seksyen U13, Setia Alam, Selangor boleh mendatangkan risiko terhadap orang ramai akibat penutup longkang konkrit yang rosak.
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Simon Siow berkata, masalah itu berpunca daripada penunggang motosikal tidak bertanggungjawab yang meletakkan kenderaan mereka di laluan berkenaan.
"Penduduk sudah menutup lubang-lubang itu menggunakan papan kayu atau meletakkan tong sampah sebagai tanda bahaya, namun ia hanya solusi jangka masa pendek.
BACA LAGI: [VIDEO] Baru dapat kebenaran MBSA, Stadium Shah Alam akan dirobohkan
BACA LAGI: MBSA kena serbu SPRM, Datuk Bandar Shah Alam tak tahu sebab apa
Simon Siow (kiri) dan Boon Yik menunjukkan keadaan penutup konkrit yang sudah rosak.
"Penduduk di Seksyen U13 juga berharap Jabatan Kejuruteraan MBSA untuk menggantikan penutup yang rosak itu dan menggantikannya dengan tiang besi bagi menghalang sebarang kenderaan diletakkan di situ. Saya berharap MBSA menyelesaikannya segera," katanya.
Seorang penduduk, Tan Boon Yik berkata, disebabkan terdapat lubang dan celahan yang tidak tertutup elok, orang ramai terpaksa berjalan di atas jalan raya yang hanya meningkatkan risiko terhadap mereka.
Pengarah Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi terkesan supaya tindakan seterusnya boleh diambil.
Jelasnya, kontraktor sudah dilantik pada pertengahan September lalu dan kerja-kerja membaik pulih akan dijalankan secara berfasa dengan ia dijangka selesai pada penghujung Oktober.
Bagi isu pasir dan pertumbuhan rumput di longkang dan parit pula, Azhar berkata, MBSA akan mengarahkan pekerja KDEB Waste Management untuk menjalankan tugas berdasarkan jadual ditetapkan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram