[VIDEO] Kor Armor Diraja pamer tarian etnik Borneo, persembah lagu Jambatan Tamparuli di bumi Korea


  • Tular
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Tangkap layar KAD mempamerkan persembahan dan formasi yang menarik di Korea Selatan baru-baru ini.

TAMPIL kemas segak dan bergaya dalam uniform, Pasukan Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (KAD) mempamerkan persembahan dan formasi yang menarik di Korea Selatan baru-baru ini.

Lebih manis lagi, pasukan tersebut turut mempersembahkan lagu Jambatan Tamparuli dendangan Justin Lusah di ekspo Gyeryong World Military Culture Expo yang bertempat di Gyeryongdae Airfield, Wilayah Chungcheong.

Melalui video yang dikongsikan Yan Alfiandy di laman TikTok miliknya pada Khamis lalu memaparkan pasukan pancaragam tersebut menggunakan beberapa instrumen alat muzik seperti dram bes, dram samping, seksofon, klarinet dan simbal.

Selain daripada persembahan tersebut, KAD turut mempersembahkan tarian etnik Borneo sehingga memukau dan menerima tepukan meriah daripada pengunjung luar negara.

BACA LAGI: Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

Rata-rata warga maya yang melihat video tersebut turut meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pasukan pancaragam yang membawa lagu kegemaran rakyat Sabah.

"Terbaik boleh bawa lagu Jambatan Tamparuli di Korea. Maju Dan terus maju," tulis Dayang Mariana Awang.

"Terpegun bumi Korea, dengar lagu dari anak Sabah....Mantap dan terbaik Pusat Kor Armor Diraja Malaysia," kata Halim Rayyan.

Ekspo yang diadakan pada 2 Oktober hingga 6 Oktober itu turut menampilkan persembahan Pancaragam Tentera dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Vietnam, Mongolia, Thailand, Indonesia dan negara-negara luar yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram