Polis buru 4 lelaki bantu kes dakwaan anak Abuya dikurung di Batu Hampar


  • 112
  • Isnin, 21 Okt 2024

Ummu Atiyah dilaporkan dikurung selama sebulan dengan dia tidak diberi keizinan untuk menggunakan telefon bimbit.

POLIS sudah mengenal pasti empat lelaki untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dibuat Ummu Atiyah iaitu anak kepada pengasas ajaran Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang mendakwa menjadi tahanan di penempatan GISB Holdings Sdn Bhd sekitar Batu Hampar, Perak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka kini dalam usaha mengesan kesemua individu berkenaan yang berusia atas 20 tahun.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan. Jadi, sekiranya ada yang mengatakan pihak polis terburu-buru untuk membuat penahanan, itu tidak tepat. Kami akan menghubungi mereka untuk memberi kenyataan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.

BACA LAGI: Anak Abuya tunjuk lokasi dikurung pengikut GISB di Bandar Ikhwan

BACA LAGI: Selangor fatwa GISB sesat, MAIS rangka pelan tindakan pemulihan pengikut

The daughter of former Al-Arqam leader Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah, claims she was a victim of violence and rape by a leader of GISB Sdn Bhd (GISB). Ummu Atiyah made the revelations at a press conference in Kuala Lumpur on Oct 18, saying that the incident occurred when she was forced to marry a GISB leader in 2015.

Ummu Atiyah mendakwa dirinya dikurung sekitar Perak.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi sidang media selepas menghadiri mesyuarat di Taman Negara, Jerantut, Pahang pada Isnin.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata, mangsa mendakwa dirinya berada dalam tahanan di dalam sebuah bilik rumah setingkat untuk kira-kira sebulan dan tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit.

Pihak polis juga sudah membawa Ummu Atiyah ke lokasi yang menjadi tempat penahanannya di Batu Hampar, Perak untuk tujuan pengecaman pada Ahad lalu.

Sementara itu, Razarudin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu lain yang menjadi mangsa gangguan seksual oleh pengikut GISB sambil meminta masing-masing untuk membuat laporan.

Selain itu, tegas beliau, Kerajaan Madani mempunyai inisiatif untuk mengadakan program pemulihan di bawah Majlis Keselamatan Negara bagi membantu pengikut dan mangsa gerakan GISB. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram