[VIDEO] Padah telefon pintar tiba-tiba meletup ketika dicas, pemuda Indonesia nyawa-nyawa ikan melecur satu badan


  • Benua
  • Ahad, 13 Okt 2024

Tangkap layar video memaparkan mangsa yang mengalami lecur seluruh badan dibawa keluar oleh penduduk untuk mendapatkan rawatan.

SEORANG lelaki hanya mampu menjerit kesakitan selepas seluruh badannya terbakar apabila telefon pintarnya yang sedang dicas meletup secara tiba-tiba ketika di sedang tidur.

Kejadian ngeri yang berlaku di Kota Batam, Indonesia terbabit berlaku pada Jumaat lalu.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, mangsa yang berusia 23 tahun itu dilihat sudah berada di luar halaman rumah dalam keadaan hampir keseluruhan badannya terbakar.

Seluruh tubuhnya juga dalam keadaan hitam terbakar dan dilitupi daun pisang.

BACA LAGI: 'Berkawad di dapur', diet setiap platun berbeza, pensyarah MSU 'berjuang' dalam dunia kulinari TLDM

BACA LAGI: Tak sangka, abang bomba viral dukung warga emas rupanya pelantun lagu Iban 'Ke Pengujung Seput'

Berdasarkan klip tersebut, pemuda berkenaan didengar mengerang kesakitan akibat melecur terbakar sambil disaksikan penduduk.

Difahamkan, pada waktu itu penduduk membawa tubuhnya keluar untuk dibawa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan dengan menaiki trak pikap.

Susulan daripada itu, penduduk yang mula melihat asap putih dari rumah mangsa segera memberikan bantuan termasuk dengan memadamkan kebakaran yang berlaku akibat letupan berkenaan.

6078067491021636227

Mangsa diletakkan di bahagian belakang trak pikap untuk dibawa bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, pihak polis tempatan mengesahkan mengenai kejadian tersebut yang berpunca daripada letupan telefon pintar yang dicas semasa mangsa sedang tidur.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami melecur 90 peratus pada anggota badannya dan sedang dirawat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram